Kelab Penyokong Najib Razak, pelajar tahfiz buat solat hajat #MH370 #MH370Hilang - pakdin.my

Gambar hiasan
Gambar hiasan

TAWAU: Kelab Penyokong Najib Razak (KPNR) dan pelajar Maahad Tahfiz Bombalali Tawau hari ini mengadakan solat hajat memohon doa agar usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dipermudahkan.

Setiausaha KPNR, Mohd Azrin Mohd Ismail berkata, solat hajat itu diadakan sebelum solat Zohor yang turut disertai 100 peserta.

“Saya juga berharap seluruh umat Islam terutamanya masyarakat di daerah ini turut bersama-sama mendoakan agar segala usaha operasi mencari dan menyelamat pesawat itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di sini, hari ini.

 Beliau berkata doa serta munajat perlu sentiasa dipanjatkan bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberi kemudahan dalam mencari dan menyelamatkan penumpang pesawat terbabit dan berharap anggota keluarga bersabar menghadapi semua dugaan.
UTAMABERITAKelab Penyokong Najib Razak, pelajar tahfiz buat solat hajat #MH370 #MH370Hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium