25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Kelantan Dinasihat Bayar Tunggakan Hutang – Ketua Audit Negara

Bagi Kelantan, Ketua Audit Negara menasihatkan supaya kerajaan negeri berbelanja secara berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Kerajaan negeri Kelantan juga diminta supaya tunggakan hasil dapat dipungut dan pinjaman boleh dituntut mengikut jadual, manakala tunggakan bayaran balik hendaklah dikutip sepenuhnya.

Turut dinasihat, hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan hendaklah dibayar mengikut jadual termasuk tunggakan bayaran balik.

Kerajaan negeri Kelantan memungut 3 jenis hasil yang terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

Kerajaan negeri Kelantan juga menerima pinjaman dari semasa ke semasa daripada kerajaan persekutuan bagi membiayai projek pembangunannya.

Pada tahun 2010, baki hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan telah meningkat sejumlah RM118.25 juta atau 11.9 peratus.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan hutang RM1,112 juta berbanding 993.75 juta pada 2009.

Pinjaman baru melibatkan projek membaikpulih loji rawatan pembentungan dan projek bekalan air.

Tunggakan bayaran balik kepada kerajaan persekutuan oleh kerajaan negeri Kelantan pada 2010 meningkat 32.92 juta menjadikan jumlah keseluruhan hutang tertunggak RM121.57 juta.

Hanya RM5.2 juta hutang berjaya dibayar balik kepada kerajaan persekutuan berbanding 32.11 juta yang perlu dibayar dalam tahun 2010.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan