Kelantan negeri kedua haramkan vape mulai 1 Jan 2016 - pakdin.my

awek-vape

Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga vape atau rokok elektronik untuk mengosongkan premis mereka bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, tindakan itu sejajar dengan keputusan kerajaan negeri untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen berhubung penjualan produk berkenaan di Kelantan.

“Kita akan ambil tindakan tertentu termasuk menyita peranti jika mendapati masih ada peniaga yang ingkar dan terus menjual barangan tersebut selepas 1 Jan ini,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung penjualan vape di Kompleks Kota Darul Naim.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Malaysia (PPVM) cawangan Kelantan, Mohd. Azlee Che Mohd Zaid menjangkakan lebih 350 peniaga vape di Kelantan akan kerugian kira-kira RM50 juta jika premis mereka ditutup selepas larangan penjualan dikuatkuasakan tahun depan.

“Kita harap kerajaan negeri dapat memberi lebih masa kepada peniaga untuk menjual peranti dan cecair berperisa mereka kerana tempoh 14 hari yang diberikan adalah tidak mencukupi.

“Ini kerana modal yang digunakan untuk membuka sebuah kedai mencecah sehingga RM200,000. Peniaga juga perlu diberi masa untuk ambil kembali modal yang mereka telah laburkan serta mencari peluang perniagaan lain,” katanya kepada media sebelum menyerahkan memorandum berhubung perkara berkenaan kepada Abdul Fattah di Kompleks Kota Darul Naim.

UTAMAKelantan negeri kedua haramkan vape mulai 1 Jan 2016

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium