29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Kelantan tidak benar kedai vape beroperasi


Fattah-mahmood-kelantan-vape
Datuk Abdul Fattah Mahmood

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak mengeluarkan sebarang lesen premis kepada mana-mana perniagaan menjual rokok elektronik (vape).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tidak ada mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mengeluarkan lesen premis perniagaan vape.

Bagaimanapun katanya, penjualan vape dikesan di kedai-kedai yang menjual alat elektronik.

“Begitu juga syisya. PBT tidak mengeluarkan sebarang lesen premis, malah kalau dikesan beroperasi peralatan perniagaan mereka boleh dirampas,” katanya menjawab soalan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga kerajaan negeri sedang mengumpulkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Mufti sebelum mengambil tindakan lanjut.

Namun katanya, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) pada mesyuarat agungnya baru-baru mengusulkan kepada kerajaan supaya mengharamkan vape.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dr Ramli Mamat berkata kandungan vape dikesan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna termasuk barah.

Baru-baru ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan kerajaan Malaysia tidak akan mengharamkan penggunaan vape. – HARAKAHDAILY 2/11/2015

 
 
 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.