Keluarga anak tertukar lantik peguam untuk ambil tindakan undang-undang - pakdin.my

Dua keluarga yang tiga anak mereka tertukar sejak lahir 20 tahun lepas, dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan, telah melantik barisan peguam untuk menasihati dan mengambil tindakan undang-undang yang perlu.

Jurucakap bagi pihak Tetuan Sam Masri & Associates, Tetuan Khairul Naim Rafidi, Tetuan Azam Rashid & Co serta Tetuan Mohd Nasir & Co, peguam Samry Masri berkata barisan peguam itu dilantik pada November tahun lepas.

“Kejadian yang berlaku telah menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada anak guam kami dan dua keluarga mereka. Lantaran itu kami akan sedaya upaya memastikan keadilan dapat terlaksana sebaiknya,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama malam ini.

Beliau berkata pihaknya telah menulis surat kepada pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan kerjasama pihak hospital itu untuk membekalkan rekod-rekod kelahiran dan perubatan yang berkenaan.

Pada masa sama katanya pihak barisan peguam juga menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin dan Pengarah Hospital HRPZ II Datuk Dr Selasawati Ghazali yang akan menyiasat perkara itu dan akan mengesan dokumen serta petugas terlibat.

“Kami juga menghargai kenyataan serta pandangan yang diberikan oleh Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, pakar psikologi, serta pihak-pihak lain yang simpati dengan nasib anak guam kami serta kedua-dua keluarga mereka,” katanya

Bernama sebelum ini melaporkan tentang dua keluarga yang mengharungi kisah tragis apabila tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar, tertukar selepas dilahirkan 20 tahun lepas.

Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mereka, Adryani Iwani, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin,  menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

UTAMABERITAKeluarga anak tertukar lantik peguam untuk ambil tindakan undang-undang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium