Keluarga Malaysia bukan retorik – Ismail Sabri - pakdin.my

Beliau berkata idea itu merupakan semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara, dengan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga.

Mengambil contoh sebuah keluarga, Ismail Sabri berkata sekiranya terdapat anak yang lemah dari segi pembelajaran, sudah tentu mereka akan diberi lebih tumpuan.

“Apatah lagi jika ada ahli keluarga yang kurang bernasib baik dalam kehidupan, pasti kita akan menghulurkan pertolongan dan tidak membiarkan mereka bersendirian.

“Begitu juga dalam pentabiran kerajaan pada hari ini. Keluarga Malaysia seperti golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik akan terus diberikan fokus dan keutamaan dalam mendapat manfaat bantuan-bantuan kerajaan,” beliau berkata dalam ucapannya di Majlis Pelancaran “Keluarga Malaysia” di sini, malam ini.

Katanya Sarawak merupakan antara enam negeri selain Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang akan diberi tumpuan khusus bagi merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri agar kemakmuran ekonomi dinikmati secara adil dan saksama.

“Bagi tujuan ini, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan asas persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), akan diagihkan kepada enam negeri ini.

“Peruntukan ini melibatkan penyediaan infrastruktur asas, pendigitalan, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi,” katanya.

Ismail Sabri berkata pendekatan sama juga akan menjadi intipati Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada minggu hadapan.

Keluarga Malaysia yang bertunjangkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran diperkenalkan Ismail Sabri menerusi ucapan sulungnya, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan dan membentuk kerajaan baharu pada Ogos lepas. – BERNAMA

UTAMABERITAAMKeluarga Malaysia bukan retorik – Ismail Sabri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium