Keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak telah dijemput untuk menyertai beliau dalam lawatan rasminya ke China, kata pembantu kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Datuk Rizal Mansor berkata, Najib jarang-jarang membawa keluarganya turut serta dalam lawatan rasminya.
“Kerajaan China telah menjemput perdana menteri dan keluarganya untuk lawatan rasmi ini,” kata Rizal.
“Bagi sesiapa yang biasa dengan budaya masyarakat Cina akan tahu bahawa ini adalah keinginan kerajaan negara itu menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan kekeluargaan,” katanya.
Rizal berkata kepentingan hubungan itu memberi makna lebih besar yang dapat dilihat melalui peribahasa lama Cina yang bermaksud ‘apabila anda minum air, fikirkan tentang puncanya’.
Katanya, kerajaan China amat menghargai pertalian hubungan moden antara negara itu dan Malaysia sejak kerajaan pimpinan bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein.
“Malaysia merupakan negara pertama di kalangan Asean yang menjalin hubungan diplomatik dengan Beijing pada 1974,” katanya.
Beliau berkata adalah perkara biasa bagi pemimpin tertinggi China untuk mengiktiraf hubungan kekeluargaan dan membina hubungan antara China-Malaysia.
Walaupun perdana menteri jarang membawa keluarga, tetapi kata Rizal, adalah normal untuk beliau mahukan anak-anaknya ada bersama ketika lawatan panjang selama seminggu.
“Apatah lagi katanya jika lawatan itu dibuat selepas mendapat jemputan khas kerajaan asing untuk membawa keluarga,” katanya.
Beliau berkata terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani kerajaan Malaysia dalam lawatan rasmi berkenaan dan memberi manfaat kepada Malaysia.
“Jadi mengapa perlu dibangkitkan soal kecil mengenai kedua anak mengikut beliau dalam lawatan ini?,” katanya.
Ini merupakan lawatan rasmi ketiga oleh Najib ke China sejak 2009.
Rizal bagaimanapun tidak menyebut kenapa kenyataan itu dikeluarkan, tetapi ia dilihat sebagai satu tindakan susulan selepas laporan di media sosial bahawa lawatannya rasminya turut disertai oleh anak-anaknya, termasuk anak Rosmah, Riza Aziz.
Penyertaan Riza dikesan melalui gambar ketibaan Najib dalam penerbangan pesawat kerajaan di Beijing di Twitter.
Selain itu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli juga mempersoalkan perkara ini di Dewan Rakyat pada Selasa.
https://pakdin.my/budaya-china-keluarga-pemimpin-dijemput-sama-dalam-lawatan-rasmi-termasuk-semasa-mahathir-menjadi-pm/
KELUARGA NAJIB DIJEMPUT DALAM LAWATAN RASMI KE CHINA https://t.co/41LemgqiLX
KELUARGA NAJIB DIJEMPUT DALAM LAWATAN RASMI KE CHINA https://t.co/qWfkxi8u8r
KELUARGA NAJIB DIJEMPUT DALAM LAWATAN RASMI KE CHINA https://t.co/2ETusfLIWa
Azmi Haron liked this on Facebook.
Shamsudin Mat Nawi liked this on Facebook.
Kamaruszaman Hj Ibrahim Manringgo liked this on Facebook.
Orgkaya Setia Tunggak Alam liked this on Facebook.
Man Ringgo Kamaruszaman Ibrahim liked this on Facebook.
Rusdi Ojan liked this on Facebook.
Amieyn Razak liked this on Facebook.
Alzari Azia liked this on Facebook.
Marzuki M Noor liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Norman Jawa Muo liked this on Facebook.
Rahim Jalil liked this on Facebook.
Ghani Ghani liked this on Facebook.
Araz Caliph liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Tom Hagen liked this on Facebook.
Acik Ana liked this on Facebook.
Pokcik Bambino liked this on Facebook.
Mohammad Hamid liked this on Facebook.
Mohd Zaini Lajis liked this on Facebook.
Synar Alhaddad liked this on Facebook.
Muslim Abu Naim liked this on Facebook.
Abdul Fizi Farhan liked this on Facebook.
Subhan Sueff liked this on Facebook.
Anuar Hassan liked this on Facebook.
Mohd Syaiffrudin Kama liked this on Facebook.
Asri Kalle liked this on Facebook.
Hazreen Ahmad Alif liked this on Facebook.
Ahmad Kamal Nizam Abdullah liked this on Facebook.
HJ Abd Jalal Masrom liked this on Facebook.
Amiza Zie liked this on Facebook.
Returnagainla Peryplatipuss liked this on Facebook.
Khaharuddin Bin Adam liked this on Facebook.
Abdullah Mohamed liked this on Facebook.
Husin Jaafar liked this on Facebook.
Zakry Mahrdan liked this on Facebook.
Shah Rezza liked this on Facebook.
Muhammad Asyraf liked this on Facebook.
Harimau Berantai liked this on Facebook.
Indah Hanna liked this on Facebook.
Syed Amiruddin Al-Habshee liked this on Facebook.
Jack Anen liked this on Facebook.