Kemalangan: Empat maut di Hulu Terengganu

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Sukan : Malaysia atasi Thailand 1-0, nyalakan peluang ke Piala Asia 2023

Harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia...

10 preman pemeras sopir truk pasar Tanah Abang diamankan

Modusnya mereka menghalangi truk barang yang mau keluar pasar Jakarta...

Jusoh Ibrahim dan Mek Kenanga Bakar. Mek Kenanga merupakan kakak angkat Che Mah.
Jusoh Ibrahim dan Mek Kenanga Bakar. Mek Kenanga merupakan kakak angkat Che Mah.

Pasangan suami isteri Abdullah Mamat dan Che Mah Awang
Pasangan suami isteri Abdullah Mamat dan Che Mah Awang

HULU TERENGGANU – Empat orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Kampung Baru Ajil, Bukit Apit, di sini hari ini.

Kejadian 4.49 petang di Km 2 Jalan Pengkalan Berangan-Marang itu menyebabkan Abdullah Mamat, 54, yang memandu Proton Saga dan isterinya Che Mah Awang, 44, serta pemandu Proton Wira, Jusoh Ibrahim, 39, maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang juga kakak angkat Che Mah, Mek Kenanga Bakar, 50, meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian di Hospital Hulu Terengganu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Ismail Muslim ketika dihubungi Bernama.

Katanya nahas berlaku apabila kereta Proton Wira yang menghala ke Kuala Berang itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Saga terbabit.

Sementara itu anak Mek Kenanga, Raja Mohamad Tarmizam Raja Muda, 18, berkata kejadian berlaku ketika ibunya dalam perjalanan melawatnya di Kem Program Latihan Khidmat Negara Cador, Marang.

“Saya tunggu mereka sampai pukul 6.30 petang namun ibu dan pakcik tidak juga tiba, sebelum saya dimaklumkan mengenai berita kemalangan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan.

“Semalam saya telefon mak minta dia datang namun mak cakap tak nak datang tapi saya tetap pujuk suruh dia datang,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik itu lagi.

Sementara itu isteri Jusoh, Siti Zabedah Muda, 38, berkata suaminya bekerja di Marang dan berulang-alik setiap hari ke Ajil.

“Saya bercadang berhenti kerja hujung bulan ini untuk mengikut arwah di Marang, tapi sudah takdir ini berlaku,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply