25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Kemalangan Lebuh Raya MEX: Kento Momota patah hidung, bibir perlu dijahit

Pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota mengalami patah tulang hidung dalam nahas jalan raya yang turut mengorbankan pemandu van semasa dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau turut mengalami luka di bibir yang perlu dijahit dan beberapa kecederaan lain di bahagian muka.

Dalam kejadian pada 4.40 pagi itu, van dipandu B. Nageswarau, 24, yang turut membawa tiga lagi penumpang, melanggar belakang lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan di Km13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata Nageswarau yang tersepit di tempat duduknya, meninggal dunia di tempat kejadian.

Selain Momota, 25, juara dunia ketika ini, penumpang lain ialah pembantu jurulatih Yu Hirayama, 35, pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi, 42, dan William Thomas, 30, pegawai teknikal Persekutuan Badminton Dunia.

“Mayat mangsa dan semua yang cedera dihantar ke Hospital Putrajaya,” katanya kepada Bernama.

Norazam berkata 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 4.57 pagi.

Semalam, Momota daripada Jepun muncul juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena di sini, gelaran pertamanya pada kejohanan berprestij itu selepas beberapa tahun memburu gelaran itu.

Beliau menewaskan bekas juara dunia Viktor Axelsen daripada Denmark pada aksi perlawanan akhir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan, pada sidang media, selain memberitahu tentang kecederaan dialami Momota, berkata Hirayama mengalami kecederaan di muka dan kaki kanannya manakala Akifumi patah tangan.

Thomas mengalami kecederaan di kaki dan menerima tujuh jahitan di kepala, katanya.

“Setakat ini keempat-empat mereka dalam keadaan stabil dan baik,” katanya dan menurutnya Momota “sepertimana kebiasaannya, berada dalam semangat juang tinggi”.

“Kami memantau mereka dengan rapi. Kami akan memastikan keempat-empat mereka mendapat rawatan terbaik. Kami berasa lega apabila mendapat tahu keadaan mereka stabil,” katanya. — Bernama






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan