Kemalangan Lori Tangki Kimia – Lebuhraya Utara Selatan Bukit Tagar Sesak Teruk - pakdin.my

Lebuhraya Utara Selatan
Bukit Tagar, Hulu Selangor (arah utra)
6 Jul 2012
7 petang

Satu kemalangan membabitkan sebuah lori tangki membawa bahan kimia baru sahaja berlaku di laluan Bukit Tagar.

Kenderaan terlibat melintang di kedua-dua laluan lebuhraya menyebabkan laluan kanan dan tengah kedua-dua hala terhalang dan mengakibatkan kesesakan di kedua-dua hala laluan sehingga tengah malam ini.

Kejadian berlaku kira-kira 500 meter dari susur Bukit Tagar arah utara

Sila teruskan perjalanan anda dan jangan berhenti di lokasi kejadian.

Tumpahan bahan kimia ini dikhuatiri boleh menyebabkan implikasi / risiko kepada anda.

Pastikan tingkap kenderaan ditutup ketika melalui laluan ini.

Ketika ini laluan bergerak perlahan kedua-dua hala.

Anggota bomba sedang berusaha untuk meneutralkan bahan kimia terbabit.

+++++

UTAMABERITAKemalangan Lori Tangki Kimia - Lebuhraya Utara Selatan Bukit Tagar Sesak Teruk

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium