Kemalangan maut Duke: ‘Yana’ Myvi sah bukan ahli puteri UMNO Gombak - pakdin.my

mas-ermi-ziarah-mangsa-kemalangan-duke

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengesahkan seorang wanita yang mengaku sebagai ‘Yana’ dari Myvi Club FMC sebagai ahli Puteri UMNO Gombak sebenarnya bukan ahli pergerakan Puteri UMNO di bahagian itu.

“Semakan telah dibuat sebanyak dua kali, walaupun ibu pejabat tutup sempena Cuti Wesak namun ibu pejabat UMNO beri kerjasama baik untuk membuat semakan dan kita sudah dapat pengesahan wanita bernama Yana itu bukan ahli Puteri UMNO Gombak,” katanya kepada portal BNBBC.my.

Katanya, apabila nama parti UMNO dikaitkan terutama melibatkan pergerakan yang diterajuinya, beliau meminta pihak Puteri Bahagian Gombak dan ibu pejabat membuat pengesahan.

Ia bagi memastikan ahli pergerakan itu tidak terlibat dalam kegiatan yang negatif dan bersikap seperti samseng di jalan raya hingga mengakibatkan kehilangan nyawa bagi pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, seluruh pergerakan Puteri UMNO mengikuti perkembangan kemalangan itu dan prihatin dengan apa yang berlaku.

Puteri UMNO juga berharap, supaya pihak yang tidak bertanggungjawab dibawa kemuka pengadilan jika terbukti menyebabkan kematian tiga sekeluarga tersebut.

Mas Ermieyati bersama Puteri UMNO Gombak turut mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 6.2 Lebuh raya Duta – Ulu Klang (DUKE) pada Sabtu lalu.

Kata Ahli Parlimen Masjid Tanah itu juga, sedikit sumbangan wang tunai dan hadiah untuk anak-anak mangsa juga dihulurkan sebagai tanda prihatin Pergerakan Puteri UMNO.

Malah katanya Puteri UMNO turut akan memantau perkembangan dua anak kecil yang menjadi yatim piatu itu dari semasa ke semasa kelak.

Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, kini berada dibawah jagaan nenek mereka.

Selepas lawatan itu, beliau akan ke Rompin bagi sama-sama memberi sokongan sebelum hari pengundian esok.

UTAMABERITAKemalangan maut Duke: ‘Yana’ Myvi sah bukan ahli puteri UMNO Gombak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium