KEMALANGAN MAUT LEBUHRAYA PLUS BERHAMPIRAN NILAI - pakdin.my

NILAI, 4 April — Seorang pemandu lori maut selepas tersepit ditempat duduk pemandu antara dua treler dalam kemalangan berasingan di Kilometer 282.7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara berdekatan susur keluar Nilai disini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, Md Norsah Aziz 35, mengalami kecederaan teruk dikepala dan meninggal dunia ditempat kejadian selepas mangsa yang tersepit dibawa keluar oleh bomba.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, Md Norsah yang memandu lori membawa muatan kicap ketika itu sedang dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur.

Mangsa yang berada di laluan paling kiri dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar sebuah treler membawa muatan pasir di depannya.

Lori mangsa kemudiannya dilanggar pula sebuah lagi treler tanpa muatan yang datang dari arah belakang hingga menyebabkan mangsa tersepit.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

UTAMABERITAKEMALANGAN MAUT LEBUHRAYA PLUS BERHAMPIRAN NILAI

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium