30 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Kemangkatan Raja Abdullah: Kembar Siam Hadiahkan Bacaan Surah Yasin

Pembedahan memisahkan Ahmad dan Muhammad bernilai RM1.7 juta yang dibiaya Raja Abdullah, 13 tahun lalu.

kembar-siam- Ahmad dan Muhammad--

Kemangkatan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz pada awal pagi Jumaat mengejutkan keluarga pasangan kembar, Ahmad dan Muhammad Rosli yang pernah ‘dekat’ dengan baginda suatu ketika itu.

Raja Abdullah adalah individu yang bertanggungjawab membiayai pembedahan untuk memisahkan adik beradik istimewa itu, 13 tahun lalu.

Menyifatkan pemergiannya suatu kehilangan besar untuk dunia Islam, maka kata bapa pasangan kembar siam itu, Rosli Abdul Rahim, keluarganya akan bersama-sama menghadiahkan bacaan surah Yasin sebagai tanda menghargai jasa baginda, malam nanti.

kembar-siam- Ahmad dan Muhammad-


“Terkejut dan sedih apabila dengar berita kemangkatan baginda. Baginda seorang yang baik hati dan banyak membantu keluarga kami.

“Baginda mangkat pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan amalan baiknya diterima Allah.

“InsyaAllah… kami sekeluarga akan menghadiahkan bacaan Yasin kepada baginda malam ini. Lagipun Ahmad dan Muhammad masih belum mengetahui tentang perkara ini. Saya rasa mereka turut sedih sebaik sahaja diberitahu mengenainya apabila balik dari sekolah nanti,” katanya.

Rosli, 44, berkata, pasangan adik-beradik itu kali terakhir bertemu Raja Abdullah pada 2007 apabila mereka dijemput bersama beberapa pasangan kembar siam lain yang berjaya dipisahkan menerusi pembiayaan baginda untuk menghadiri majlis di istananya.

“Kami dijemput untuk hadir ke satu majlis bagi mempertemukan semua pasangan kembar siam yang berjaya dipisahkan pada 2007. Kami dibawa ke istananya… baginda seorang yang baik hati, bersikap rendah diri dan dermawan,” katanya.

Pembedahan memisahkan Ahmad dan Muhammad bernilai RM1.7 juta yang dibiaya Raja Abdullah, 13 tahun lalu.
Pembedahan memisahkan Ahmad dan Muhammad bernilai RM1.7 juta yang dibiaya Raja Abdullah, 13 tahun lalu.


Jelas Rosli, baginda bukan sahaja membiayai pembedahan pemisahan pasangan kembar siam yang beragama Islam tapi juga agama-agama lain.

“Ahmad dan Muhammad adalah pasangan keempat atau kelima yang dibiayainya. Baginda membiayai pembedahan pasangan kembar lain tanpa mengira bangsa dan agama dari seluruh dunia,” katanya.

Rosli bersama arwah isterinya, Asiah Kanda bersama-sama Ahmad dan Muhammad berada di Arab Saudi selama tiga bulan pada 2007.

Katanya, selain memenuhi jemputan ke istana baginda, Raja Abdullah turut mengatur temu janji untuk membuat kaki palsu bagi dua anaknya itu.

Tarikh 17 September 2002 menjadi tarikh keramat apabila pasangan kembar itu yang berusia empat tahun berjaya dipisahkan.

Pembedahan itu dilakukan di King Fahad National Guard Hospital, Riyadh, Arab Saudi.


Ia mengambil masa selama 22 jam 45 minit dengan diketuai oleh Dr. Abdullah Abdulaziz Al-Rabeeah yang sekarang merupakan Menteri Kesihatan negara Arab itu.

Pembedahan pemisahan itu menelan belanja sebanyak RM1.7 juta.

Raja Abdullah dilaporkan mangkat pagi Jumaat pada usia 90 tahun.

Baginda dimasukkan ke hospital pada Disember lalu kerana penderitaan radang paru-paru dan baginda hanya bernafas menggunakan tiub.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...