Kemaskini (Update) Windows 8.1 Kini Tersedia Untuk Di Muat Turun - pakdin.my

Windows-8-1-Update

8 April seolah-olah menjadi satu hari yang sibuk bagi komuniti  Microsoft. Bukan sahaja syarikat itu telah menamatkan sokongan untuk Windows XP dan Office 2003, ia juga telah melancarkan kemas kini baru untuk Windows 8.1 dan Windows RT 8.1 yang menawarkan pengalaman yang lebih menarik untuk penggunaan  tetikus dan papan kekunci.

Patch‘ baru kini tersedia bagi Windows 8.1 dan Windows RT 8.1 untuk peranti anda melalui Windows Update sekarang.

Ditetapkan sebagai KB2919355, saiz fail kemas kini dikatakan sebesar 887.6MB untuk Windows 8.1 dan 372.9MB untuk Windows RT 8.1. Menariknya, dinyatakan dalam nota kemaskini bahawa ia adalah kemaskini mandatori dan pengguna hanya akan dapat menerima patch di masa depan hanya selepas dipasang kemaskini ini. Pengguna  juga mesti mendapatkan kemaskini KB29199442 sebelum pemasangan KB2929355.

Sekiranya anda masih tertanya-tanya apa yang baru pada kemaskini Windows 8.1,  lihat video ringkas ini:

 

UTAMAGAYA HIDUPKemaskini (Update) Windows 8.1 Kini Tersedia Untuk Di Muat Turun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium