31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2020

Kematian Ahmad Sarbaini Adalah Mati Mengejut

Keputusan inkues berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam inkues itu berkata tiada sedikitpun keterangan untuk mencadangkan bahawa kematian beliau disebabkan dibunuh atau terdapat pembabitan pihak ketiga seperti didakwa seorang peguam bagi keluarga itu, Awtar Singh.

Muhammad Shafee juga menjelaskan bahawa analisis DNA menunjukkan tiada pembabitan pihak ketiga berhubung kematian mangsa.

“Ketidakhadiran keterangan DNA mengaitkan mana-mana pegawai SPRM kepada kematian Ahmad Sarbaini dan ketidakhadiran luka akibat mempertahankan diri ke atas mangsa jelas menunjukkan bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat secara jenayah berhubung kematian mangsa. Oleh itu, kami merumuskan bahawa keputusan adalah disebabkan kematian mengejut,” katanya.

Dalam penghujahan secara bertulis 112 halaman kepada Koroner Aizatul Akmal Maharani yang mendengar inkues itu, Muhammad Shafee berkata tiada secebis bukti bahawa mangsa telah didera secara fizikal atau mendapat layanan yang teruk semasa kenyataannya direkodkan oleh pegawai SPRM pada 4 April atau pada hari kematiannya pada 6 April, 2011.

Muhammad Shafee berkata terdapat keterangan yang lebih daripada mencukupi bagi menunjukkan bahawa Ahmad Sarbaini dengan kerelaannya, keluar daripada tingkap pantri di tingkat tiga bangunan SPRM.

Ini termasuk keterangan patologi forensik yang menunjukkan bahawa keadaan di pantri itu tidak mencadangkan berlaku pergelutan dan begitu juga dengan keterangan yang menunjukkan bahawa semua kecederaan yang dialami Ahmad Sarbaini secara konsisten adalah kerana jatuh dari tempat tinggi, kata Muhammad Shafee.

Beliau berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan teruk di kepala dan kedudukan asfiksia seperti yang diputuskan oleh ahli patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Faridah Mohd Noor dan Dr Shahrom Abdul Wahid melalui laporan mereka dan keterangan mereka semasa prosiding inkues itu.

Muhammad Shafee berkata, mangsa telah mati selepas jatuh dari belebas tingkap di tingkat tiga tingkat bilik pantri dan ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, di Jalan Cochrane.

“Keterangan telah meletakkan mangsa di luar tingkap dan ada keterangan yang cenderung menunjukkan bahawa mangsa cuba untuk melompat ke bumbung yang terletak di sebelah kanan tetapi hilang imbangan. Beliau tergelincir dan jatuh lalu mati,” kata Muhammad Shafee.

Beliau berkata ketiadaan tanda-tanda pergelutan di pantri dan luka kerana mempertahankan diri pada mangsa menunjukkan beliau tidak dipaksa keluar daripada tingkat tiga tingkap bilik pantri.

Muhammad Shafee juga menjelaskan bahawa SPRM tidak mempunyai sebab untuk marah atau kecewa memandangkan bahawa mangsa telah bercadang untuk menukar kenyataannya pada 6 April, 2011.

“Ini memandangkan bahawa mangsa tidak mungkin dapat menukar kenyataannya seperti yang dinyatakan oleh pegawai penyiasat SPRM Abdul Ghani Ali semasa perjumpaan itu yang dipengerusikan oleh Penolong Pesuruhjaya SPRM Mohamad Fauzi Husin pada hari itu (6 April).

“Awtar (peguam keluarga Ahmad Sarbaini) dan malah Raja Petra Kamaruddin (seorang penulis blog) melalui laman blognya, berkongsi sentimen yang sama bahawa SPRM begitu marah apabila mangsa bercadang menukar atau menarik balik kenyataannya,” katanya.

Muhammad Shafee berkata dalam kenyataannya, Abdul Ghani berkata sepucuk surat representasi perlu ditulis kepada SPRM atau beliau jika seseorang itu mahu menukar atau menarik balik kenyataannya.

Sementara itu, dalam penghujahan bertulis 19 halaman, Awtar berkata wujud elemen ‘main kotor’ oleh SPRM yang menyebabkan kematian Ahmad Sarbaini.

“Mungkin SPRM tidak berniat menyebabkan kecederaan kepada mangsa atau membunuhnya, tetapi terdapat elemen kecuaian dalam kes ini yang menyebabkan kematian Ahmad Sarbaini,” katanya.

Awtar berkata siasatan ke atas kematian Ahmad Sarbaini tidak begitu lengkap kerana banyak persoalan masih belum berjawab termasuk kenapa mangsa berada di luar tingkap.

Beliau berkata keterangan yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa mangsa tidak cuba membunuh diri sendiri, dibunuh oleh seseorang atau mati secara mengejut.

“Tiada sebab bagi mangsa memanjat keluar tingkap memandangkan sebagai pelawat beliau boleh keluar dari bangunan SPRM pada bila-bila masa,” katanya.

Koroner akan memutuskan pada 26 Sept mengenai inkues itu yang bermula pada 4 Julai dan berakhir 4 Ogos.

Hari ini kedua-dua pihak bertemu Koroner Aizatul untuk mendapatkan penjelasan bagi penghujahan mereka yang dikemukakan kepada koroner pada 25 Oogos.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Komen

..

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Tiada sebab layan tuntutan Filipina terhadap Sabah – Hishammuddin

Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan. Pendirian itu diulangi Menteri Luar,...

PRN Sabah: Perikatan Nasional tiada rekod daftar parti

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah B. Syed Osman mempertikaikan status pendaftaran Perikatan Nasional yang bertanding di PRN Sabah. Berikut adalah kenyataan...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...