Kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Disebabkan Nahas - pakdin.my

Kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed tiada unsur bunuh diri atau kaitan dengan pembunuhan juga tiada pembabitan pihak ketiga.

Sebaliknya kematian Allahyraham adalah disebabkan nahas.

Koroner, Aizatul Akmal Maharani dalam penghakimannya berkata pihaknya bersetuju dengan pandangan pakar terutama mengenai kecederaan yang dialami Ahmad Sarbaini.

Kecederaan itu lebih membuktikan Ahmad Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Wilayah Persekutuan tanpa disengajakan.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di gelanggang badminton di aras satu, bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, enam April lalu.

Allahyarham pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Perbicaraan inkues berlangsung selama satu bulan.

Sepanjang perbicaraan, mahkamah merekodkan keterangan daripada 34 saksi termasuk beberapa pegawai SPRM Wilayah Persekutuan, dua pakar patologi, beberapa pegawai forensik, pegawai kastam dan juga isteri Allahyarham, Masiah Manap.

SPRM diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala peguam Awtar Singh mewakili keluarga Allahyarham.

—-

Keluarga Sarbaini enggan komen keputusan koroner

KUALA LUMPUR 26 Sept – Keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed enggan memberi komen berhubung keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan hari ini bahawa kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor itu di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada 6 April lepas, disebabkan ”nahas”.

Balu Ahmad Sarbaini, Masiah @ Maziah Manap, 50, yang merupakan saksi pertama dalam inkues tersebut, meninggalkan mahkamah sebaik sahaja Koroner Aizatul Akmal Maharani memberikan keputusannya.

Mohd Shah Jaafar, yang merupakan ipar kepada Allahyarham, memberitahu pemberita, keluarga Ahmad Sarbaini tidak akan memberi sebarang kenyataan pada masa ini.

Peguam Awtar Singh, yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini berkata, beliau tidak menafikan kemungkinan akan memfailkan semakan berhubung keputusan itu.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili SPRM, berkata ia adalah keputusan yang tepat.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini. Keputusan ini adalah sesuatu yang saya jangkakan dan dapat membersihkan sebarang salah laku di kalangan pegawai SPRM,” katanya.

UTAMABERITAKematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Disebabkan Nahas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium