Kematian berkaitan vape di AS meningkat kepada 55 kes - pakdin.my

WASHINGTON – Para pegawai kesihatan berkata seorang lagi meninggal dunia pada minggu lalu akibat penyakit pernafasan misteri yang dikaitkan dengan penggunaan vape, menyaksikan angka kematian meningkat kepada 55 orang.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) turut melaporkan sebanyak 2,561 kes berpunca daripada penyakit yang dikaitkan dengan penggunaan rokok elektronik atau produk vape sehingga 27 Disember lalu, lapor Reuters.

Pada Jumaat lalu, agensi itu mendedahkan laporan yang menunjukkan peningkatan kecederaan paru-paru yang dikaitkan dengan penggunaan vape dilihat berkurangan, sebagai bukti pengunaan asetat vitamen E, mengurangkan agen yang digunakan dalam katrij vape, yang menjadi penyebab kepada penyakit itu.

CDC menggelar asetat vitamin E sebagai ‘kebimbangan kimia’ dan mengsyorkan bahan tersebut tidak ditambah dalam rokok elektronik atau produk vape ketika siasatan sedang dilakukan. – Agensi

 

UTAMADUNIAKematian berkaitan vape di AS meningkat kepada 55 kes

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium