30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Kematian Ibu: Dua beradik direman, dirujuk ke HKL

Ahli keluarga menunggu di bilik mayat PPUKM untuk menuntut jenazah Wan Yah
Ahli keluarga menunggu di bilik mayat PPUKM untuk menuntut jenazah Wan Yah

Dua beradik lelaki dan perempuan yang ditahan selepas mayat ibu mereka ditemui dengan kesan lebam dan bengkak di muka serta kepala di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, semalam direman selama seminggu bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata, dua beradik berusia 22 dan 25 tahun itu direman sehingga 17 November untuk membantu siasatan berkait kes berkenaan.

Katanya, mereka turut dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaan psikiatri kerana dipercayai mengalami masalah mental yang tidak stabil.

“Kes ini masih dalam siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan tahanan reman yang dikenakan terhadap suspek untuk membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

“Kedua-dua beradik yang juga penuntut Universiti Awam itu dipercayai mengalami gangguan mental. Polis akan merujuk pihak HKL untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap kesihatan suspek untuk bantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, dua beradik itu ditahan berikutan penemuan mayat ibu mereka, Wan Yah Wan Mat, 63, di ruang tamu tingkat 16 pangsapuri berkenaan.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan