Tegasnya, Kevin Morais telah dipindahkan kembali ke Jabatan Peguam Negara pada awal Julai 2014 dan pada ketika itu, tiada sebarang laporan dibuat mengenai 1MDB.

Beliau berkata demikian kepada media melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung kenyataan adik Kevin Morais, Charles Suresh Morais yang masih mengaitkan kematian mendiang dengan siasatan 1MDB.