Kematian Pelatih PLKN Kem Pinggiran Pelangi – 3 Ditahan - pakdin.my

Suhaimi Norhamidi

Polis telah menahan tiga Pelatih Program Latihan Khidmat Negara, PLKN Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelatih kem terbabit kelmarin.

Ketiga-tiga pelatih itu berusia antara 18 dan 22 tahun.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, Suhaimi Norhamidi dijumpai terbaring di atas katil asrama dalam keadaan hidung dan mulut berbuih serta berdarah.

Mangsa kemudian segera dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah namun disahkan telah meninggal dunia.

Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan tiga pelatih terbabit.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Johari Yahaya berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala dipercayai akibat terkena objek tumpul.

Kesemua pelatih berkenaan sedang menjalani latihan selama dua bulan di kem berkenaan.

Motif kejadian masih disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

UTAMABERITAKematian Pelatih PLKN Kem Pinggiran Pelangi - 3 Ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium