Kembali berugas atau berhenti sebelum pemilihan akan datang

Kita sibuk bantai Azmin dan PH, depa sana sini sibuk bergaduh sapa nak pimpin parti.

Ilmu hisab (bukan hisap) ialah semua terletak atas batu jemala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menang bertanding dan beliau juga yang menggantungkan diri sendiri dengan bercuti tanpa had.

Pandangan saya cukup-cukuplah bercuti.

Kami macai-macai UMNO di bawah ini belum bercuti termasuk hari raya, apa ke halnya Presiden hendak cuti lama-lama?

Letih tengok sesama sendiri asyik lawan sindir menyindir dan berprasangka.

Dalam senario sekarang ada dua sahaja, masuk pejabat jalankan tugas anda atau berhenti terus dan kita adakan pemilihan semula.

Usahlah hendak berkasyaf atau apa-apa lagi.

Oleh Ab Jalil Backer

http://pakdin.my/tag/umno

Loading...

9 COMMENTS

  1. Labu dan Labi. Masing masing pasang angan angan nak berkahwin dengan Manisah anak Lebai Kaya tetapi kedekut. Beza dengan Najib. Kaya Raya hasil rompakan tapi takut Bini. Tu lah Standard pemimpin Umno kjni

  2. kami bukan Macai Umno or Macai sesiapa… Tapi Penyokong UmNo yang tak mendaftar dan tak dapat benefit dari Parti ….tapi rakyat biasa yang jadi… Penyokong UMNO secara Tegar Teguh Dalam Barisan dan Berharap Perpaduan Umah dengan PAS, walaupun berlainan IDeologi .. tapi syahadah kita satu , kiblat Kita Satu … ayat Macai .. yang digunakan oleh Penyokong PH kepada Penyokong Barisan , SO PLEASE DONT USE AYAT MACAI KEPADA PENYOKONG UMNO DAN BN… SEBAB KAMI BUKAN MAHALANCAI PH .. KENA KENCING PUN TETAP SOKONG PH..

  3. Aku adalah ahli UMNO yang tidak pro kepada mana² pemimpin tetapi aku adalah pro kepada kepimpinan parti. Aku mula menjadi ahli parti di zaman Datuk Seri (bukannya Tun) Dr Mahathir Mohamad, ketika itu aku orang Mahathir. Bila Tun Abdullah Ahmad Badawi memimpin, aku adalah orang Pak Lah.
    Selepas Pak Lah serah jawatan kepada Tok Najib, aku adalah pengikut Bossku. Setelah Tok Najib undur dari jawatan ketua parti, aku menjadi orang Tok Zahid.
    Dan sehingga kini, aku masih lagi menjadi orang Tok Zahid.
    Aku cukup tak suka jika di dalam parti ini ada orang² yang ‘berperangai’ iblis dan ‘berwatak’ parasit. Selagi mana pemimpin itu diamanahkan parti untuk memimpin, biarkanlah dia memimpin. Jika haluannya baik, itulah yang kita akan ikut. Jika dia menyimpang, sama² kita betulkan dia.
    Namun andainya kita merasakan dia perlu kita turunkan, biarlah secara terhormat dan beradab. Perjawatan dan pemilihan parti bujan medan untuk kita berpecah belah.

Comments are closed.