Kembalikan Selangor Kepada BN Untuk Selesaikan Masalah Tanah Penduduk Sungai Buaya

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

demo sg buaya 2Datuk Seri Noh Omar berkata Kerajaan BN akan membantu bekas peneroka Felda Sungai Buaya menyelesaikan masalah tanah mereka yang dirampas kerajaan negeri pakatan pembangkang, jika parti gabungan itu kembali berkuasa di negeri itu.

Beliau menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor sekarang sebagai kejam terhadap para penduduk terbabit.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas menyampaikan saguhati RM5,000 tiap seorang kepada 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di kampung itu, dekat sini Isnin.

Saguhati berjumlah RM1.82 juta itu disumbangkan oleh Felda sebagai mengenang sumbangan bekas peneroka itu membangunkan kawasan tanah rancangan Felda Sungai Buaya.

Tanah mereka yang semuanya berkeluasan 419.57 hektar sepatutnya dibangunkan sebuah syarikat pemaju hartanah pada 1996, namun projek itu terbengkalai pada 1998 disebabkan kemelesetan ekonomi.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 2010, BN telah cuba membantu menyelesaikan masalah itu apabila sebuah syarikat pemaju sanggup meneruskan projek perumahan di situ.

Pemaju itu, katanya sanggup membayar RM160,000 bagi setiap ekar tanah bekas peneroka yang hendak dibangunkan dan setiap seorang telah dibayar wang pendahuluan RM50,000.

Malangnya, pemaju itu dimaklumkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor bahawa tanah berkenaan telah dirampas oleh kerajaan negeri kerana pemaju sebelum itu didakwa tidak membayar cukai tanah selama sembilan tahun berjumlah RM7 juta, katanya.

Seorang bekas peneroka Felda Sungai Buaya Mat Som Moh, 76, yang ditemui Bernama berkata beliau sangat berharap agar kerajaan BN akan dapat mengembalikan tanah miliknya itu.

Beliau juga berterima kasih kepada Felda yang menyumbangkan saguhati kepada penduduk kampung itu yang telah menetap di sana selama lebih 40 tahun.

BACA juga:

Leave a Reply