27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Kemelut Dalaman Serius PKR Paksa Pembangkang Pertaruhkan DUN Kajang

Kemelut Dalaman PKR Paksa PRK DUN Kajang Diadakan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata disebabkan kemelut yang serius dalam PKR telah memaksa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang untuk diadakan.

Disebabkan parti itu hendak menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda, mereka mengambil tindakan yang membebankan pengundi di Kajang yang rata-rata tidak senang hati dengan perkembangan itu, katanya.

Ditanya mengenai cabaran PKR agar beliau bertanding pada pilihan raya berkenaan, Najib berkata PKR tidak patut mengaitkan pilihan raya itu dengan dirinya, kerana beliau bukan punca masalah itu.

“Ini bukan masalah saya, ini masalah mereka. Saya tidak ada masalah apa-apa pun. Masalahnya ialah dalam PKR, masalah mereka yang mencetuskan pilihan raya kecil ini. Ini semua masalah dalaman mereka, kenapa pula mereka pesongkan masalah itu dan kaitkan dengan saya?” tegas beliau.

“Kalau kita tengok reaksi sekarang ini kebanyakannya negatif daripada positif, itu masalah dia. Jadi pesan saya, jangan heret saya sekali, (sedangkan) ini masalah dalaman mereka,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian dalam persidangan media selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam di bilik mesyuarat pejabatnya di sini.

Selasa lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh yang menghangatkan lagi spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Pilihan raya umum 2013 menyaksikan Lee memenangi kerusi DUN Kajang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru membabitkan calon MCA dari BN, Berjasa dan tiga calon bebas.


Sementara itu menjawab satu lagi soalan, Najib berkata banyak pandangan diutarakan pelbagai pihak mengenai langkah selanjutnya yang akan diambil Barisan Nasional berhubung PRK itu, termasuk berkaitan pemilihan calon, namun menurutnya ia akan hanya diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN nanti.

Katanya beliau belum memutuskan tarikh mesyuarat yang akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina nanti, dan ia bergantung kepada tarikh penamaan calon yang dijangka akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu depan.

“Apapun biar MT BN buat keputusan. Saya belum tetapkan tarikh (mesyuarat) saya nak tahu bila hari penamaan calon dulu…biar saya teliti dulu,” kata Najib.

Sementara itu merujuk kepada perjumpaan dengan NGO berkenaan, perdana menteri berkata beliau telah memberikan penerangan mengenai pelbagai isu semasa, dan mereka pula telah menyuarakan sokongan kepada kerajaan.

Katanya beliau memberi penjelasan mengenai isu seperti harga barang dan  bagaimana kerajaan menanganinya, masalah berkaitan media sosial, kalimah Allah dan sebagainya.

“Matlamatnya ialah untuk mencari satu bentuk kefahaman yang lebih jelas dan menentukan hala tuju masa depan negara, sebab apapun kita tidak boleh benarkan isu-isu ini memecah-belahkan kita,

“Kita mungkin ada perbezaan pendapat, tapi ia tidak seharusnya

 

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...