Kemelut DAP/PAS : Pi mai, pi mai tang tu - pakdin.my

pakatan-pembangkang-retak

“Dalam sandiwara ini, DAP dilihat terlalu ofensif, gopoh dan terburu-buru menyerang PAS. Mereka sendiri yang memulakan ‘game’ini dan mereka sendiri akhirnya mematikan Pakatan Rakyat”.

Kata-kata itu diucapkan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin yang menambah bahawa permainan DAP menyerang peribadi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah lama wujud.

Sehubungan itu DAP katanya, tidak sepatutnya menyalahkan PAS sebagai punca Pakatan Rakyat tidak wujud lagi.

“Mesyuarat jawatankuasa Pusat DAP telah membuat keputusan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud atau mati,” kata Khairil yang membidas laporan Roketkini semalam menyalahkan PAS menyebabkan Pakatan Rakyat telah terkubur.

Masalahnya kata beliau ialah sebelum ini, wakil pimpinan PAS telah memberikan penjelasan serta dialog bersama pimpinan DAP berhubung isu implementasi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

Sekaligus PAS katanya, tidak memahami ketidakpuasan hati DAP itu yang berterusan menyerang Abdul Hadi malah hampir setiap hari mencampuri urusan dalaman pemilihan PAS menjelang Muktamar PAS lalu.

Tindakan melampau DAP itulah, dakwanya menyebabkan Dewan Ulama PAS Pusat membuat usul tergempar supaya memutuskan hubungan dengan DAP walaupun kekal dalam Pakatan.

DAP bagaimanapun menunding jari menyatakan PAS memulakan segalanya sedangkan PAS pula mendakwa sebaliknya.

Lalu, persoalannya bila episod tuduh menuduh akan selesai. Lepas DAP tuduh, PAS pula tuduh, masing-masing saling menuduh.

Daripada peringkat kepimpinan tertinggi, merebak turun ke merata-rata.

Masalahnya, apa yang rakyat dapat daripada semua huha-huha yang berterusan dalam parti-parti pembangkang ini.

Letihnya, masih ramai lagi yang percayakan drama politik haru biru DAP, PKR dan PAS daripada berusaha untuk mengeratkan perpaduan bangsa dalam mendepani cabaran mendatang yang lebih hebat.

UTAMAPOLITIKKemelut DAP/PAS : Pi mai, pi mai tang tu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium