Kemelut Pakatan Pembangkang: Belum Lagi Tubuh Parti Baharu, Progresif & PASMA Berebut Kuasa - pakdin.my

pasma-rebut-jawatan

Belum lagi parti Islam baharu ditubuhkan untuk menggantikan PAS, namun kumpulan progresif yang menggelarkan diri mereka sebagai G18 dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) sudah berebut kuasa.

Perkara ini dapat dilihat melalui perselisihan pendapat di antara aktivis-aktivis PASMA dan G18 berkenaan parti baharu itu.

Aktivis G18 dilaporkan Malaysiakini semalam meminta PASMA menyerahkan kepada kumpulan profesional untuk menubuhkan parti baharu kerana PASMA tidak mempunyai daya tarikan yang cukup menarik sokongan akar umbi.

“Saya tidak kata (PASMA) tidak baik… tetapi secara realistiknya sejumlah ahli PAS masih sangsi mengenai PASMA.

“(Presiden PASMA) Phahrolrazi Mohd Zawawi adalah seorang lelaki yang baik tetapi bagi mereka (akar umbi) dia seorang pengacau dalam kemelut Kedah itu,” kata Hanipa.

Beliau merujuk kepada peranan Phahrolrazi di Kedah dalam krisis menteri besar yang bermula pada 2011 apabila bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu didakwa cuba menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bekas Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula menafikan perkaitan di anatar G18 dengan PASMA dengan penubuhan sebuah parti politik baharu.

Menurutnya, G18 dan PASMA adalah dua entiti yang berbeza serta mempunyai hala tuju dan matlamat berlainan.

“Jangan salah faham, kami (G18) bukan sebahagian daripada rancangan PASMA. Apa yang saya faham ialah PASMA merupakan sebuah NGO yang mesra Pakatan Rakyat.

“Tapi kalau ada pemimpin mereka nak tubuhkan parti politik baharu, itu hak mereka. G18 tak ada kaitan dengan itu,” kata Dzulkefly yang juga Setiausaha jawatankuasa bertindak G18.

Pada 13 Jun lalu, Presiden PASMA, Phahrolrazi berkata, pihaknya merancang untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu bagi menggantikan peranan PAS dalam pakatan pembangkang.

Tiga hari selepas itu, dalam sebuah majlis di Muar, pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti awal bulan ini membentuk sebuah gerakan yang dikenali sebagai G18.

G18 diterajui bekas Timbalan Presiden PAS yang tewas, Mohamad Sabu, selain bekas naib presiden, Salahuddin Ayub dilantik menjadi timbalan pengerusi dan Suhaizan Kayat sebagai penolong setiausaha.

Mengulas mengenai kemampuan G18 untuk berdiri sebagai sebuah parti politik, Dzulkefly bagaimanapun meminta semua pihak bersabar menunggu pengumuman lanjut mengenai hala tuju mereka.

“Kami tidak menyebut ia akan berakhir sebagai sebuah parti politik. Pengerusi (Mohamad Sabu) sebutkan ia sebagai ‘wadah baharu’.

“Ia perlukan kejutan, tunggulah apa yang dimaksudkan dengan wadah itu. Tapi saya fikir orang politik mungkin akan faham maksudnya. Tapi apapun harap bersabar tunggu kejutan daripada kami,” katanya.

Ditanya masa yang diperlukan untuk G18 mengumumkan pendirian, Dzulkefly bagaimanapun berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa.

“Saya akui ia tak semudah yang disangka. Tapi bagi saya secara peribadi…ia tak boleh terlalu lama. Tak boleh biarkan lama-lama,” katanya.

UTAMAPOLITIKKemelut Pakatan Pembangkang: Belum Lagi Tubuh Parti Baharu, Progresif & PASMA Berebut...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium