Kemelut Pakatan Pembangkang: Kit Siang dakwa PKR punca PR bubar - pakdin.my

lim-kit-siang-hudud

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mula menunding jari menyalahkan PKR apabila membuat keputusan muktamad yang PR telah terbubar.

Katanya, DAP tidak pernah membuat keputusan tersebut dan beliau juga tidak menjelaskan siapa yang harus dipersalahkan dalam soal penamatan PR.

“DAP tidak pernah membuat keputusan,” katanya ringkas ketika ditemui di Parlimen, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyifatkan tindakan DAP mengumumkan penamatan Pakatan Rakyat adalah tergesa-gesa.

Menurut Azizah, meskipun DAP mengambil pendirian sedemikian, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor dan di Pulau Pinang tetap kekal berdasarkan ‘semangat’ gabungan pembangkang berkenaan.

“Itu terpulang kepada perkembangan yang akan berlaku, dan lebih baik pemimpin-pemimpin di peringkat negeri Selangor yang membuat ulasan,” jelas Kit Siang yang menyerahkan kepada kebijaksanaan Mohamed Azmin Ali berhubung pentadbiran di negeri Selangor.

Dalam perkembangan lain, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dilihat menjarakkan diri daripada menjawab spekulasi berhubung usaha Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang mahu menubuhkan sebuah parti baru.

Beliau juga enggan mengesahkan sama ada parti baru itu akan membentuk satu pakatan rakyat baru yang akan menggabungkan kerjasama dengan dua lagi parti iaitu DAP dan PKR.

“Siapa yang cakap? Saya tidak melayan apa orang yang sangkakan?

“Saya masih belum berjumpa PasMa, jadi saya tidak boleh sebut ada di dalam DAP yang sudah jumpa PasMa,” katanya lagi.

UTAMAPOLITIKKemelut Pakatan Pembangkang: Kit Siang dakwa PKR punca PR bubar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium