Kemelut Pakatan Pembangkang: PAS Selangor diarah kekal sokong Azmin - pakdin.my

hadi-awang-masa-depan-pakatan

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad untuk meminta seluruh ADUN PAS Negeri Selangor terus bersama Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

“Ia bagi mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Tambahnya, pendirian PAS terhadap kerjasama dalam PR adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Ucapan Dasarnya di Muktamar PAS baru-baru ini.

Kenyataan turut menyebut, kerjasama PAS dengan komponen PR di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.

Kenyataannya itu agak bercanggah semasa sidang media Muktamar PAS sebelum ini yang menyatakan, PAS tidak mengutamakan soal kedudukan dalam kerajaan tetapi memberi keutamaan tuntutan agama dalam isu hudud.

Sebelum ini kata Hadi, PAS pernah kosong ( tidak memegang jawatan dalam kerajaan negeri ) dan PAS juga pernah bersendiri (tiada dalam pakatan), sehubungan itu PAS tidak kisah akan soal kedudukan.

Sejak krisis DAP dan PAS semakin menegang, hanya PAS dilihat masih bertoleransi.

Kenyataan Hadi hari ini juga masih mahu bertoleransi walau DAP sudah menyatakan Pakatan Rakyat sudah berkubur.

UTAMAPOLITIKKemelut Pakatan Pembangkang: PAS Selangor diarah kekal sokong Azmin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium