Kemelut Pakatan Pembangkang: PKR tunggu mesej dari penjara - pakdin.my

AZMIN…tersepit ekoran pergaduhan DAP dengan PAS
AZMIN…tersepit ekoran pergaduhan DAP dengan PAS

PKR bermesyuarat malam tadi untuk menentukan kedudukan parti itu setelah DAP dan PAS membuat keputusan muktamad memutuskan hubungan mereka dalam pembangkang atau PR.

Walaupun sebelum ini PAS berpendirian mereka kekal dalam PR selepas memutuskan kerjasama politik dengan DAP, namun DAP sebaliknya meanggap PR sudah roboh kecuali tinggal kerjasama antara parti itu dengan PKR.

Malangnya, mesyuarat PKR yang penting dan dihadiri Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berakhir tanpa keputusan yang dimaklumkan kepada media ataupun umum.

Lebih malang, mesyuarat itu tanpa kehadiran timbalan presiden Mohamad Azmin Ali yang dilaporkan berada di Kelantan.

Paling terkesan kemelut DAP dan PAS ini tentulah Azmin.

Beliau semakin terhimpit dengan krisis ini sama ada untuk memilih DAP atau PAS bagi meneruskan pentadbiran kerajaan PKR di Selangor.

Jika Azmin memilih DAP, bermakna beliau harus memecat semua Exco daripada PAS – sesuatu yang sukar dan bakal meletakkan Selangor berdepan pilihan raya negeri.

Suami-isteri mahu mentadbir Selangor
ANWAR diharap jadi penyelamat PR selepas Wan Azizah gagal sebagai Ketua Pembangkang untuk menyelesaikan kemelut DAP-PAS.

Namun, beranikah Azmin berbuat begitu kerana kerajaan gabungan PKR dan DAP amat rapuh berdasarkan bilangan 13 kerusi (PKR) dan DAP (15) yang tidak membolehkan beliau membentuk kerajaan negeri.

Mungkin, dengan menarik dua Adun PAS yang sedang digantung keahlian, Azmin boleh mengekalkan kedudukannya sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, ia sesuatu yang sukar kerana timbul kemungkinan beberapa Adun PKR mungkin keluar parti untuk menyokong kerjasama baru antara PAS dengan Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Sebab itu, Azmin perlu menyelesaikan isu ini dengan berbincangan bersama-sama PAS supaya dapat menarik semula keputusan menamatkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Ini ujian harus didepani Azmin sekaligus menjadikan kedudukan kerusi menteri besar Selangor kembali ‘berhantu’ – selepas hampir ke semua menteri besar sebelum ini ‘turun’ akibat krisis tertentu termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim.

Amat malang jika beliau gagal mendepani isu ini ketika Wan Azizah sendiri  dilihat bukan sahaja gagal menguruskan PKR tetapi kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang  juga tidak membawa sebarang makna.

Pilihan terakhir Azmin tentu kembali kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Satu sumber dalaman PKR mengesahkan, parti itu sedang menunggu mesej dari penjara berhubung kedudukan PKR ekoran kemelut yang sedang dihadapi PR.

PKR berharap keputusan Anwar boleh menyelamatkan PR serta kedudukan parti itu yang dianggap milik Anwar dan tentunya juga kerusi Menteri Besar.

Dalam masa sama, PAS Selangor juga dikatakan sedang bersiap sedia berdepan segala kemungkinan jika PKR turut menolak mereka seperti dilakukan DAP.

Antara penyelesaian kemelut terbaru PR ini adalah dengan pembubaran DUN Selangor bagi pilihan raya negeri supaya rakyat sekali lagi diberikan kuasa menentukan siapa lebih layak mentadbir Selangor dan mengisi kerusi menteri besar yang dicop ‘berhantu’ itu.

UTAMAPOLITIKKemelut Pakatan Pembangkang: PKR tunggu mesej dari penjara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium