Kemenangan Awal Pas - pakdin.my

1. Keputusan PH tidak menetapkan tarikh peletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri merupakan satu kemenangan moral kuat kepada Pas.

2. Pas dari awal menyatakan mereka tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM dan akan menyokong kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal ini.

3. Pas juga berjaya mempengaruhi sekutu mereka UMNO untuk turut sama memberi usul percaya kepada Mahathir agar kekal sebagai PM.

4. Apabila Dr Mahathir telah mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat maka beliau tidak lagi tertakluk kepada keputusan Majlis Presiden PH untuk berhenti atau tidak.

5. Keadaan ini akan membolehkan PH terus bergolak dan DAP tidak lagi menguasai permainan politik belakang tabir sepenuhnya.

6. Jika DAP berlebih Mahathir boleh sahaja merombak kabinet dan melakukan perubahan berdasarkan kemahuan beliau.

7. Tindakan Pas ini membolehkan kedua-dua negeri bawah pimpinan mereka, Terengganu dan Kelantan,menerima royalti minyak berbilion ringgit.

8. Soal jadi kerajaan baharu atau tidak bukan isu kepada Pas. Mereka bermain tarik tali dan mendapat sebahagian kelebihan politik.

9. Pas tahu politik bukan berkenaan zero sum game. Ia merupakan permainan panjang yang memerlukan kekuatan stamina dan mempunyai pelbagai pemboleh ubah.

10. Mereka yang mencemuh kenyataan Dr Mahathir mengenai peralihan kuasa semalam sebagai kegagalan agenda kerajaan baharu sebenarnya hanya melihat lapisan atas politik.

11. Mereka yang telah lama mengikuti gerakan politik pasti sedar apa sahaja kenyataan politik di dalam media tidak semestinya sama dengan percaturan belakang tabir.

12. Malah kenyataan politik hari ini hanya betul hari ini sahaja.

Oleh Ab Jalil Backer

UTAMAPOLITIKKemenangan Awal Pas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium