30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Kementerian Kesihatan Siasat Pegawai Bocor Maklumat

cadbury-babi-2

Kementerian Kesihatan sedang menyiasat untuk mengenalpasti dalang yang membocorkan intipati laporan analisa awal coklat Cadbury yang disahkan tercemar dengan DNA babi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat.

Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan wujud unsur sabotaj dalam isu berkenaan.

“Kementerian sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengenalpasti pegawai terlibat dan tindakan akan diambil sekiranya individu terlibat didapati bersalah,” katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa 2014 (APHM) di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata, beliau yakin pembocoran maklumat dilakukan pegawai kementerian itu, bukan pekerja makmal kerana terdapat prosedur ketat yang perlu dipatuhi.

“Tidak mungkin mereka yang bekerja dalam makmal, kerana kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Kami hanya mengetahuinya selepas ia tersebar di laman sosial (Instagram) dua bulan lalu.


“Makmal KKM boleh analisa semua produk, kita juga ada analisa bahan mentah seperti daging dan ikan. Namun makmal kita tidak boleh akreditasi halal. Apa-apa kenyataan mengenai isu halal kita serahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat kenyataan rasmi,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian itu tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis di makmal sebelum ini.

Beliau berkata, kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi itu memang diambil di pasaran, bukan dari kilang dan kemungkinan berlaku pencemaran mungkin ada.

Pada 24 Mei lalu, KKM mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan ‘porcine’ atau DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015.

Jakim pula pada Isnin mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...