25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2020

Kementerian Kewangan kini di bawah pengaruh “towkay”?

Saya difahamkan ada yang cuba ‘menjelaskan’ skim ini.

Dia kata FundMyHome sebenarnya cadangan sektor swasta.

Jadi bermakna betullah apa yang saya katakan, perkara ini dah tahu lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2019 dan terus dilancarkan sehari dua selepas itu.

Ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan, antaranya:-

1) Bajet ini bajet untuk rakyat atau bajet untuk swasta? Kenapa skim memihak kepada keuntungan swasta dihebohkan dalam Bajet?


2) Adakah Kementerian Kewangan kini berada di bawah pengaruh Ahli Perniagaan atau “Towkay” tertentu?

Kalau nak kata hanya saya seorang yang melahirkan kegusaran mengenai skim ini, tak juga.

Penasihat Kerajaan PH, Kadir Jasin sendiri kata apa yang berlaku beberapa hari ini mendedahkan kerajaan kepada dakwaan amalan kronisme.

Tapi sampai sekarang tak sedar-sedar diri, hanya risau pasal imej Pakatan Harapan dan persepsi terhadap kroni.

Masalah ini lebih besar daripada penjagaan imej kroni!

Jika kita lihat kepada tajuk-tajuk berita yang keluar selepas skim ini diumumkan, ada ramai lain yang juga khuatir, apatah lagi bila diumumkan bahawa GLC dan KWSP juga boleh melabur dalam skim ini.

Malah ada pakar hartanah yang turut bimbang skim ini akan mengakibatkan krisis sub-prime yang seterusnya meranapkan ekonomi negara.


Saya bimbang, kerana sama ada;

1) Menteri Kewangan tidak sedar dan tidak meneliti kesemua risiko ini sebelum bersetuju dengan cadangan pihak swasta, atau;

2) Menteri Kewangan sedar kesemua risiko tapi masih teruskan juga atas sebab-sebab tertentu.

Kita lihat sahaja bagaimana skim hampir serupa di China telah rebah dan memusnahkan hidup jutaan orang.

Jika tidak dikaji secara menyeluruh, ditadbir urus dan dilaksanakan dengan baik, ini juga akan berlaku di Malaysia. Kita nak ke perkara sama berlaku di Malaysia?

Saya tidak akan berdiam diri jika ia melibatkan masa depan negara dan rakyat.


Jangan sesiapa berani aniaya dan mangsakan rakyat. Saya Najib Razak akan lawan.

Sumber: Facebook Najib Razak

Rujukan: https://pakdin.my/tag/FundMyHome/

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

..