Kementerian Luar Tunggu Laporan Lengkap Kematian Claudia - pakdin.my

claudia-theophilusKUALA LUMPUR  — Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan masih menunggu laporan lengkap daripada pihak berkuasa Lubnan berhubung kes kematian wartawan Malaysia, Claudia Theophilus.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata laporan awal pihak polis Lubnan memaklumkan kematian mendiang disebabkan kemalangan ketika menggunakan senjata api.

“Kes ini masih dalam siasatan pihak polis Lubnan dan keluarga mendiang telah dimaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Claudia, 42, petugas di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu, 2.30 pagi waktu Lubnan.

Laporan media menyebut mendiang dipercayai ketika itu sedang melakukan kunjungan tiga hari ke Baakleen, Lubnan bersama dua rakannya yang merupakan rakyat negara itu.

Anifah berkata kementeriannya akan memberi kerjasama untuk membantu siasatan selain memberi khidmat konsular kepada keluarga mendiang.

Dalam satu kenyataan berasingan, Malaysia mengecam serangan bom ke atas Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Ankara, Turki pada Jumaat yang mengorbankan seorang pengawal keselamatan warga Turki.

Turut terbunuh suspek yang meletupkan bahan letupan itu.

Anifah melahirkan rasa simpati Malaysia dengan kematian dan kecederaan terhadap orang awam akibat letupan itu.

+++++

Keluarga Claudia Belum Terima Pengesahan Rasmi Kematiannya

SEREMBAN, 3 Feb (Bernama) — Keluarga Claudia Theophilus, wartawan Malaysia yang mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen, Lubnan belum menerima pengesahan rasmi mengenai kejadian itu.

Seorang saudaranya yang enggan dikenali memberitahu mereka hanya dimaklumkan kejadian itu oleh majikan mendiang, syarikat penyiaran Al-Jazeera di Kuala Lumpur.

“Kali terakhir Claudia pulang ke rumah ialah ketika sambutan Krismas lalu dan dia memang agak sering pulang iaitu kira-kira tiga bulan sekali.

“Apabila dia beritahu keluarganya hendak bercuti di Lebanon, bapanya bimbang kerana tempat itu bahaya. Bagaimanapun, Claudia kata dia hanya bercuti pendek, iaitu kira-kira tiga hari,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mendiang di Taman Bukit Kepayang, di sini.

Claudia, 42, anak sulung daripada tiga beradik, merupakan lulusan undang-undang universiti tempatan dan memulakan kerjaya sebagai wartawan di akhbar The Sun pada 1995 sebelum menyertai portal berita Malaysiakini pada 2005 dan beralih ke Al-Jazeera sejak dua tahun lalu.

Katanya berita kematian Claudia menambah kesedihan keluarga mendiang memandangkan adik bongsu Claudia kini berada dalam keadaan koma selepas terbabit dalam kemalangan langgar lari.

UTAMABERITAKementerian Luar Tunggu Laporan Lengkap Kematian Claudia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium