Kementerian Pertahanan Larang Bekas Pegawai Tentera Guna Gelaran Pangkat Tanpa Izin - pakdin.my

pangkat_tentera_darat

pangkat_tenteraudara

pangkat_tenteralaut

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Kementerian Pertahanan melarang mana-mana pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara daripada menggunakan gelaran pangkat tanpa mendapat keizinan Majlis Angkatan Tentera (MAT) terlebih dahulu.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, dalam satu kenyataan menyebut bekas pegawai tentera yang tidak mendapat kebenaran menggunakan gelaran pangkat, dilarang sama sekali berbuat demikian dan jika ingkar, akan menjadi satu kesalahan.

“Oleh demikian, mana-mana pegawai (pesara) yang didapati melanggari peruntukan tersebut adalah layak dikenakan tindakan yang sewajarnya,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu, antara lain, menyebut proses pemakaian gelaran pangkat terkandung dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) yang menetapkan syarat yang perlu ada pada seseorang pegawai sebelum layak menggunakan gelaran tersebut.

Kenyataan itu memberitahu syarat penggunaan gelaran pangkat selepas bersara termaktub dalam perenggan 4 dan 5, bilangan 1 Tahun 1975, yang antara lain, menyebut empat golongan yang dibenar menggunakan gelaran pangkat ialah bekas pegawai tauliah tetap yang berkhidmat terus-menerus dan bersara dengan mendapat gelaran pencen.

Selain itu, bekas pegawai tauliah tetap yang terpaksa diberhentikan dengan mendapat pencen atau ganjaran atas sebab kesihatan yang disahkan Lembaga Perubatan Angkatan Tentera, bekas pegawai tauliah tetap yang berkhidmat tidak kurang 10 tahun dan diberhentikan atas sebab lain dari kesihatan dengan mendapat pencen atau ganjaran.

Bekas pegawai tauliah tetap yang berkhidmat tidak kurang 10 tahun dan diberhentikan atas sebab tamat tempoh perkhidmatan turut dibenar menggunakan gelaran pangkat.

“Mereka yang tidak termasuk di dalam empat golongan itu adalah tidak dibenarkan menggunakan gelaran pangkat selepas diberhentikan dari perkhidmatan ATM,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut selain syarat yang dinyatakan, MAT sewaktu meneliti sesuatu permohonan menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai, turut membuat penentuan sama ada permohonan menggunakan pangkat dibenarkan atau tidak.

Menurut kenyataan itu, isu ini timbul selepas siasatan Kementerian Pertahanan baru-baru ini mendapati ada beberapa pegawai yang diberhentikan menyalah guna gelaran atau pangkat tersebut.

UTAMABERITAKementerian Pertahanan Larang Bekas Pegawai Tentera Guna Gelaran Pangkat Tanpa Izin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium