Kemerosotan rupiah paling teruk di Asia - pakdin.my

Rupiah Indonesia dijangka menjadi mata wang Asia yang mengalami kemerosotan paling teruk untuk tempoh dua tahun sehingga 2016, ekoran rizab mata wang asing yang semakin berkurangan serta risi­ko aliran keluar mo­dal dari negara itu.

Menurut kajian strategi oleh Bloom­berg, rupiah dijangka mengalami penyusutan 6.2 peratus berbanding dolar Ame­rika Syarikat (AS) bermula 30 November lalu sehingga akhir 2016, iaitu dua kali ganda lebih teruk berbanding ringgit.

Jelas firma penyelidikan MIDF Research, walaupun ringgit telah mengalami kemerosotan paling teruk sepanjang tahun ini, namun mata wang Malaysia itu telah mula menunjukkan pemulihan pada November lalu apabila mengukuh 0.1 peratus berbanding dolar AS manakala rupiah terus menyusut sebanyak 1.8 peratus lagi dalam tempoh yang sama.

“Antara punca rupiah menyusut lebih tinggi berbanding ringgit adalah disebabkan pendedahan terhadap aliran keluar masuk modal pada ekonomi Indonesia. Pada masa ini, pelabur-pelabur asing memegang 38 peratus bon dalam mata wang tempatan, se­mentara hanya 31 peratus di Malaysia dan 15 peratus di Thailand.

“Oleh kerana itu, de­ngan jangkaan Rizab Persekutuan AS yang mahu menaikkan kadar faedahnya aliran modal keluar daripada Indonesia akan berterusan dan lebih teruk berbanding yang dijangkakan,” menurut MIDF Research dalam nota penyelidikannya.

Pada 2012 dan 2013, rupiah merupakan mata wang Asia yang mengalami penurunan paling teruk iaitu antara 5.9 peratus dan 21 peratus disebabkan kejatuhan harga komoditi dunia serta kesan dasar monetari AS yang membuatkan dana-dana daripada negara membangun beralih keluar.

“Rizab mata wang asing Indonesia telah merosot dalam tempoh sembilan bulan sehingga November.

Malah dengan pegangan asing terhadap bon mata wang tempatan pada kadar 38 peratus membuatkan negara itu akan mengalami aliran keluar modal asing jika AS menaikkan kadar faedahnya serta kelembapan pasaran ekonomi China berterusan,” jelas MIDF Research yang memetik kajian Bloomberg.

Mengikut kajian Bloomberg itu, hanya mata wang peso Argentina dan real Brazil dijangka mengalami penurunan lebih teruk berbanding rupiah.

Ringgit ketika ini berlegar antara RM4.30 dan RM4.20 berbanding dolar AS. Pada pertengahan 2014, mata wang negara itu diniagakan pada kadar RM3.20.

Beberapa penganalisis termasuk Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sendiri berpandangan, kemerosotan itu berpunca akibat kejatuhan harga minyak, tindakan AS menaikkan kadar faedahnya serta kelembapan pertumbuhan ekonomi China.

UTAMAEKONOMIKemerosotan rupiah paling teruk di Asia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium