Home POLITIK Kempen Emosi Untuk Elak Tunai Janji PRU14

Kempen Emosi Untuk Elak Tunai Janji PRU14

KERAJAAN baharu Pakatan Harapan telah mula memainkan emosi rakyat Malaysia dengan menarik simpati mereka melalui kempen di media sosial.

- Advertisement -

Kempen yang paling banyak tersebar sekarang ialah menarik simpati rakyat atas kesukaran pemimpin-pemimpin kerajaan baharu menyelesaikan masalah pendapatan negara.

Sebilangan netizen telah nampak dan menjangkakan apa yang berlaku: Pakatan Harapan menggerakkan kempen supaya rakyat bersimpati dan tidak mendesak serta mengkritik kerajaan kalau janji 100 hari tidak terlaksana.

Cubaan mengelak daripada menggalas masalah inilah yang menyebabkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini mengatakan masalah dihadapi negara terlalu besar tetapi kemudian “u-turn” selepas melihat kesan buruk kenyataannya.

Pada masa yang sama, tentera-tentera siber PH di alam siber telah mula menyebarkan cerita-cerita emosi untuk mengalihkan sentimen yang telah dibina sejak berkempen sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 awal bulan ini.

Mereka mula mengatakan yang hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut, sedangkan sebelum ini menjanjikan hutang PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diberikan.

- Advertisement -

Para cybertrooper ini bercerita tentang kenapa ramai orang muda yang rajin bercuti ke luar negara tetapi hutang belajar di universiti tidak sanggup dibayar dan mahu dilupuskan?

Ada juga daripada kalangan penyokong mereka yang mengatakan tidak perlu memansuhkan GST kerana mendakwa sebenarnya cukai ini tidak membebankan.

Sudah tentu hujah untuk mengekalkan GST ini tidak ada bezanya dengan hujah kerajaan Barisan Nasional dulu untuk memperkenalkan cukai ini.

Kalau kita melihat garis masa di Facebook, atau mesej-mesej yang sampai di WhatsApp, akan ada cerita-cerita emosi sebegini sampai kepada kita.

Khabarnya, ramai yang terkesan, tersentuh emosi apabila terbaca cerita Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebak dan mengalirkan air mata apabila memikirkan kantung negara yang semakin tidak berisi, sedangkan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan bantuan BR1M sudah dijanjikan.

Cerita sebenarnya, detail teknikal dan situasi sebenar perbendaharaan pasti jauh berbeza daripada apa yang diolah untuk menjentik emosi ini, tetapi inilah yang mudah memberi kesan orang ramai.

Nampaknya, kerajaan baharu PH memang bersedia untuk mungkir janji dan telah bersedia dengan kempen media sosial mengalihkan kesalahan kepada kerajaan dahulu dan mengolah persetujuan rakyat supaya reda dengan sebarang tindakan kerajaan nanti.

Sumber : Malaysian Digest

https://pakdin.my/tag/pakatan-harapan
https://pakdin.my/tag/manifesto

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

7 sekeluarga dijangkiti Covid-19 akibat terawih di masjid

Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid. Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri...

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...

13 COMMENTS

  1. Kalau dah cacamarba dah tak pandai mentadbir Negara. Kerajaan Baru PH jangan malu2 serta bersandiwara dengan fakta2 auta bubar kerajaan untuk buat PRU semula atau serah saja Pentadbiran Negara pada BN kerana BN ada pakar2 ekonomi serta penasihat2 yang hebat2. Ini bukan masa nak cari salah orang yang tak tentu betul atau salahnya serta asyik nak berpolitik setiap masa. Keutamaan sekarang kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.
    Pimpinan didalam partai2 politik PH ni ada bermacam ideology politik jadi memang susah nak bersatu sepenuhnya serta pimpinan diantara mereka banyak bermuka2 serta dengki khianat berdendam masih ada disanubari hati mereka. Jadi setiap tindakan sesama mereka terlampau syak mengesyaki. Kita tengoklah tak lama lagi akan berlaku perbalahan sesama mereka. Perjuangan kerana dendam dilaknati Allah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

991FansLike
4,777FollowersFollow
3,327FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Satu lagi “kejadian besar”? Mahathir tetap mahu jadi PM

Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana...

5 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital

Lima pesakit koronavirus mati dalam kebakaran di sebuah hospital di Dhaka. Punca kebakaran masih belum diketahui, kata Pengarah Perkhidmatan Bomba, Zillur Rahman. Bagaimanapun, difahamkan kejadian itu...

Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta. Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz...

Mahathir Akan Mengadap Agong Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mendakwa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi...

[Video] Akan berlaku pertukaran kerajaan semula?

Mereka dilihat sedang menjalankan propanda bahawa era Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal berakhir tidak lama lagi dan kerajaan...

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..