KEMURKAAN SULTAN JOHOR: MUHYIDDIN PERLU BUAT KEPUTUSAN – AZIZ KAPRAWI - pakdin.my

20170116-sultan-johor-mahathir

1. Saya menyokong penuh titah Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Negeri Johor Darul Takzim yang diterbitkan pada hari ini.

2. Sebagai rakyat Johor, saya turut berkongsi rasa tersinggung dengan kenyataan jahat berkepentingan politik yang diputar belit oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap pelaburan China di negeri ini.

3. Kritikan Tun Dr. Mahathir terhadap negeri Johor bukanlah satu perkara yang baharu.

4. Namun, kenyataan Tun Dr. Mahathir pada kali ini adalah amat keterlaluan sehingga mengundang kemurkaan Tuanku demi kepentingan politik peribadinya sendiri.

5. Dakwaan jahat Tun Dr. Mahathir mengenai 700,000 rakyat China yang akan mendiami Johor Bharu dan akan diberikan taraf kewarganegaraan serta sebahagian besar tanah negeri ini akan dijual kepada China memberikan satu gambaran yang negatif terhadap kedaulatan Tuanku selaku Sultan negeri ini.

6. Kenyataan Tun Dr. Mahathir juga seolah-olah ingin membakar sentimen perkauman melampau yang langsung tidak mempunyai tempat khususnya di kalangan rakyat negeri Johor.

7. Perkara ini juga seharusnya menjadi perhatian kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri selaku anak negeri Johor, ahli parlimen negeri Johor dan pernah menjadi Menteri Besar kepada negeri Johor selama 9 tahun.

8. Beliau yang kini menjadi individu yang paling rapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad seharusnya menasihati Tun Dr. Mahathir agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kontroversi dan kemarahan pelbagai pihak termasuk Tuanku Sultan.

9. Saya juga ingin mencabar agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesetiaan beliau secara terbuka samada bersama Tuanku Sultan Johor ataupun untuk terus bersama Tun Dr. Mahathir dan parti baharunya itu.

10. Beliau perlu membuat pilihan pada kali ini kerana secara jelasnya, Tuanku Sultan telah murka dan mengeluarkan titah tersinggung dengan dakwaan putar belit Tun Dr. Mahathir.

11. Politik keterlaluan yang dibawa oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan partinya itu hanya akan membawa kepada perpecahan dan ia merupakan virus yang perlu dihalang kemasukkannya ke dalam negeri Johor Darul Takzim.

Ab Aziz Bin Kaprawi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Bahagian Sri Gading
#MuafakatJohor

UTAMAPOLITIKKEMURKAAN SULTAN JOHOR: MUHYIDDIN PERLU BUAT KEPUTUSAN - AZIZ KAPRAWI

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium