Kenaikan Harga Barang: Amaran @NajibRazak - pakdin.my

kenaikan-harga-baran-amaran-najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran bahawa kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga barang tidak berfungsi dengan baik.

Beliau berkata, kerajaan akan mengambil langkah intervensi untuk memastikan rakyat tidak dibebankan dengan harga barang yang tidak berpatutan.

Sehubungan itu, beliau mahu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan memainkan peranan dengan menjual produk pada harga lebih murah di pasar-pasar tani bagi meringankan beban rakyat.

“Hari Jumaat ini saya akan pergi ke pasar tani di sini bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Fama untuk tengok harga barang,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa harga sesetengah produk bukan dalam kawalan kerajaan malah ia bergantung dengan prinsip permintaan dan tawaran.

“Harga ikan naik pada musim tengkujuh kerana nelayan tidak boleh ke laut manakala banjir dan perubahan iklim juga menyebabkan harga sayur-sayuran naik.

Kita kena lihat rasionalnya dan sesetengah produk bukan dalam kawalan kerajaan,” katanya.

Perdana menteri menjelaskan bahawa kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meringgan beban rakyat termasuk pada awal bulan ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan ‘Program Jimat Belanja Dapur 2014′ yang menyediakan potongan harga lima hingga 20 peratus untuk 22 barang terpilih di pasar tani seluruh negara.

Program jangka pendek bersama Fama itu membabitkan 517 pasar tani yang menjual pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran semasa bertujuan mengurangkan beban rakyat yang berdepan kenaikan harga makanan, terutama ketika musim tengkujuh kini.

Minggu lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara bersepadu

 

UTAMABERITAKenaikan Harga Barang: Amaran @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium