Statistik Corona

Malaysia
2,112,175
Confirmed
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am
Malaysia
1,880,733
Recovered
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am
Malaysia
207,698
Active
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am
Malaysia
23,744
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,192,695
Confirmed
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am
Indonesia
3,996,125
Recovered
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am
Indonesia
140,634
Deaths
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am

Thailand

Thailand
1,489,186
Confirmed
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am
Thailand
1,341,144
Recovered
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am
Thailand
15,469
Deaths
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am

Global

All countries
229,797,847
Confirmed
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am
All countries
204,713,503
Recovered
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am
All countries
4,712,944
Deaths
Updated on September 21, 2021 01:58 1:58 am

Kenaikan Harga: Usahlah Salahkan Kerajaan Semata-mata – @NajibRazak

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memeriksa barangan keperluan sebelum diagihkan kepada mangsa banjir di satu majlis di Chukai, Kemaman, Terengganu pada Ahad. Turut sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.

Ini kerana, kata Perdana Menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.

“Kerajaan sentiasa bersama rakyat, janganlah dipersalahkan kerajaan kalau harga barang naik, dan kerajaan Barisan Nasional pula dimomokkan sebagai “Barang Naik’,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di sini, Ahad.

Beliau menjelaskan harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.

“Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji,” katanya.

Najib berkata kerajaan sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat dan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.

“Kerajaan lakukan transformasi untuk ekonomi negara, dah hasilnya nanti akan dipulangkan semula kepada rakyat,” katanya.

Pada majlis itu, kerajaan menerusi kerjasama parti politik, badan bukan kerajaan dan agensi berkaitan menyalurkan sumbangan berupa produk barangan seperti televisyen, peti sejuk, bantal dan tilam serta dapur kepada mangsa banjir di Terengganu.

Buat julung kalinya, sebanyak 19,205 keluarga di Terengganu menerima bantuan merangkumi produk bernilai RM5,000 selain bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Berkaitan