Kenaikan Melampau Harga Barang, Salah Siapa? - pakdin.my

mahjong

Akhbar Cina melaporkan 14 NGO menyokong demonstrasi ‘Turun’ membantah kenaikan harga barang yang dicadang diadakan menjelang malam tahun baru ini.   Walaubagaimanapun, kita tidak menjangka penglibatan NGO ini, mahupun masyarakat Cina secara langsung dalam demonstrasi tersebut.

Melihat dari persiapan demonstrasi yang lengkap dengan ‘t-shirt’, promosi dan penerangan yang rapi, kita pasti adanya dalang yang menjadi penganjur dan menyalurkan dana untuk tujuan ini.  Malangnya, setakat ini pihak yang menganjurkan demonstrasi ‘Turun’ masih lagi mengambil sikap pengecut dengan tidak menonjolkan diri.

Memandangkan demonstrasi adalah strategi utama pembangkang maka kita percaya bahawa demonstrasi Turun ini juga adalah ‘kerja’ pembangkang.  Namun, mungkin kerana takut ditangkap, maka mereka memilih untuk mengambil sikap ‘baling batu sembunyi tangan’ sahaja.

Tanpa personaliti besar untuk memimpin demonstrasi ini, kita yakin yang ianya tidak akan membawa sebarang impak bagi isu yang diketengahkan.

Lebih dari itu, tindakan mempromosi gerakan menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi yang sama mengakibatkan ramai penyokong pembangkang sendiri merasa takut dan mula keliru dengan niat sebenar pihak penganjur.

Dalam perancangan yang kabur tetapi dana yang jelas, sokongan 14 NGO yang disebut oleh akhbar Cina tadi membuatkan kita tertanya-tanya.  Apakah semua ini sekadar ‘gimmick’ untuk mengaburi mata majoriti rakyat terhadap agenda sebenar pihak tertentu?

Hakikatnya, kaum Cina, yang mewakili golongan peniaga merupakan golongan yang paling beruntung dengan kenaikan harga barang.  Justeru itu, tidak hairanlah kita melihat mereka tidak banyak merungut mengenainya akhir-akhir ini, dan sokongan 14 NGO tadi terhadap kenaikan harga barang nampak bagai lakonan yang tidak menjadi.

Seperti yang kita tahu, peniaga tidak perlu menanggung kos kenaikan tetapi hanya perlu memindahkan kos tersebut ke atas bahu pengguna.

Contohnya, seorang tauke kilang kain yang menanggung kos elektrik yang lebih tinggi pasti akan meningkatkan harga kain yang dihasilkannya.  Seorang tauke kedai kain yang membeli dari kilang itu dan terpaksa membayar harga yang tinggi dari sebelumnya pula pasti akan meningkatkan juga harga kain yang dijualnya.

Secara dasarnya, tauke kilang kain dan tauke kedai kain tadi tidak perlu menanggung apa-apa kenaikan tetapi peningkatan harga sebenar hanya akan ditanggung oleh pengguna.   Kitaran yang sama berulang bagi semua barangan lain.

Peningkatan kos barangan sebenarnya lebih banyak dikawal oleh peniaga berbanding kerajaan.  Amalan monopoli perniagaan oleh kaum Cina menambahkan lagi parahnya keadaan.

Akhir-akhir ini, masyarakat Melayu yang mewakili pengguna terbesar semakin matang dan bijak untuk memahami hakikat perniagaan di Malaysia.  Tindakan peniaga Cina mengawal barangan asas di musim perayaan sudah cukup membuktikan wujudnya ‘permainan’ dalam isu harga barang dalam negara ini.

Maka tidak hairanlah akhir-akhir ini orang-orang Melayu bertindak balas dengan melancarkan kempen boikot barangan Cina.  Jika selama ini orang Melayu cukup terbuka dan tidak rasis dalam memilih barangan tetapi kini semakin ramai yang peka dan hanya memilih barangan bumiputera atau bukan Cina sahaja.

Kaum Cina tidak dapat memperbodohkan pengguna dengan ‘gimmick’ marahkan kerajaan kerana harga barang naik.  Untuk makluman mereka, pemikiran rakyat telah berubah seiring dengan kemajuan negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional.  Orang Melayu sudah semakin sedar di mana sebarang usaha untuk memperbodohkan mereka tidak lagi membawa kesan yang sama seperti dahulu.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa kaum Cina itu hanya memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan kesan kepada negara dan golongan yang kurang berkemampuan.

Kononnya mereka inginkan keadilan.  Tetapi keadilan dalam kamus kaum Cina ialah apabila mereka mendapat segala-galanya.

UTAMAKenaikan Melampau Harga Barang, Salah Siapa?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium