30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Kenaikan Tarif Elektrik Libatkan Bil RM150 Dan Ke Atas Sahaja

tnb-logo

Kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa Januari ini, tidak akan menjejaskan pengguna biasa terutama yang mempunyai bil RM70 dan ke bawah sebulan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kenaikan itu hanya memberi implikasi ke atas pengguna yang bil elektrik bulanannya RM150 dan ke atas sahaja.


“Tidak ada tambahan kalau kita kekalkan penggunaan elektrik seperti biasa.

Mereka yang guna elektrik RM150 akan alami tambahan bayaran antara RM12 dan RM20 sebulan,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2013 di Dewan Negara hari ini.


Ahmad berkata semakan dengan rekod Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati kira-kira 70 peratus daripada penggunanya tidak terlibat dengan kenaikan itu sebaliknya ia memberi kesan terhadap 30 peratus pengguna yang terdiri daripada pihak industri.

Menurutnya kerajaan juga menanggung bil elektrik bagi lebih sejuta rumah rakyat miskin yang kosnya berjumlah kira-kira RM150 juta setahun.


Beliau turut memberitahu Dewan Negara bahawa Dasar Rasionalisasi Subsidi yang melibatkan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM24.8 bilion.

Penjimatan itu membolehkan kerajaan menggunakan wang berkenaan untuk melaksanakan pelbagai projek lain yang memanfaatkan rakyat termasuk membina balai raya dan universiti, katanya.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan