Kenang rakan ditembak, veteran ATM seru tolak komunis | PakDin.my

ALOR SETAR — Setiap kali menjelang Hari Kebangsaan, kita sering disajikan dengan pelbagai kisah pejuang semasa era penentangan komunis, kebiasaannya kalangan anggota mahupun pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

- Advertisement -

Kali ini Bernama mengetengahkan kisah getir yang ditempuh bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar (B) Dr Nor Ibrahim Sulaiman, 70, yang berkongsi pengalaman berharga dalam kamus hidupnya, semasa berhadapan dengan ancaman komunis.

“Peranan TUDM juga sangat besar, malah saya sebagai bekas juruterbang helikopter Nuri, sebenarnya menghadapi ancaman lebih kritikal kerana ‘kami diburu, bukan pemburu’,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata tidak seperti anggota TDM, sebagai juruterbang helikopter yang sering keluar masuk ke kawasan operasi untuk mengangkut pelbagai keperluan anggota, “kelibatnya” sentiasa diintai komunis dan menjadi sasaran peluru pengganas.

“Komunis ni dia tunggu saja helikopter datang, kemudian mereka akan serang ketika kami ‘terapung’ di udara untuk ambil anggota yang meninggal atau cedera dan bila diserang, saya tidak boleh buat apa-apa, bukan senang nak bertempur bila tengah pegang stereng pesawat,” katanya.

Nor Ibrahim yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak berkata beliau juga pernah menempuh pengalaman menerbangkan Nuri yang satu daripada generatornya sudah tidak berfungsi akibat ditembak pengganas komunis.

“Saya tidak mahu tinggalkan helikopter itu di kawasan yang tidak selamat, jadi saya cekalkan hati, terbangkan Nuri dan alhamdulillah saya selamat tiba ke pangkalan dan berada di sini untuk menceritakan kisah ini kepada kamu semua,” katanya.

Beliau berkata sejurus tiba di pangkalan, helikopter yang ditembak akan segera diperbaiki, setiap lubang kesan peluru akan ditampal dan setelah selesai dan dipastikan selamat, ia akan terbang semula untuk melaksanakan tanggungjawab menghantar bekalan atau anggota ke kawasan operasi.

“Tugas kami sangat penting, Nuri ini umpama ‘nyawa’ kepada anggota di kawasan operasi, kamilah yang akan hantar bekalan makanan, bawa keluar masuk anggota yang cedera atau meninggal,” katanya.
Menceritakan pengalamannya, pemegang Ijazah Kedoktoran dalam kajian khusus berkaitan Nuri itu berkata, antara yang paling tidak dapat dilupakannya adalah semasa satu konvoi Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diserang hendap komunis di satu jalan berhampiran Gubir di Sik, yang mengakibatkan lima wira negara gugur.

Nor Ibrahim berkata, selepas serangan pada April 1975 itu, beliau yang ketika itu baru memegang jawatan pembantu juruterbang, diarah pergi ke lokasi serang hendap itu untuk membantu mengeluarkan mayat dan anggota yang cedera.

“Bila sampai ke lokasi, kami tidak boleh mendarat pun sebab banyak jerangkap samar di situ, jadi kami hanya terapung di udara, di bawah saya nampak ramai yang cedera dan mayat sudah diikat pada tali untuk ditarik naik ke helikopter.

“Keadaan agak sukar untuk menaikkan mayat pada masa itu, saya peluk satu mayat, penuh darah dia di badan saya. Mayat itu kawan saya Pegawai Risik, Kapten Hardev Singh, sebelum kejadian saya sempat minum di Butterworth dengan mendiang dan dia cakap ‘jumpa anda di Gubir’.

“Bila di Gubir, memang betul saya ‘jumpa mendiang’ selepas kejadian itu isterinya ada beritahu saya terdapat 18 lubang pada badan mendiang,” katanya yang mengenang peristiwa itu sebagai pencetus baginya untuk berkongsi kisah-kisah di blog Jottings of Xnuripilot.

Beliau, yang juga seorang daripada hanya 32 penerima Pingat Tentera Udara (PTU) itu berkata, walaupun tidak mahir menggunakan komputer, beliau tetap bersemangat untuk menulis kisah perjuangan  terdahulu agar generasi kini tahu bahawa komunis langsung tidak boleh diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

“Bagi saya orang muda kurang patriotik bukan 100 peratus salah mereka, tapi tiada orang nak cerita tentang sejarah ini dan sebenarnya ramai veteran askar berminat nak bercerita tapi tiada platform, nak tunggu hari Merdeka baru nak panggil.

“Seeloknya perkara seperti ini perlu didedahkan sepanjang tahun, jemputlah orang seperti saya untuk bercerita terutama di sekolah, jabatan kerajaan atau institusi pengajian,” katanya yang sentiasa bersemangat untuk berkongsi kisah kekejaman komunis dan mahu semua tahu bahawa mempelajari sejarah itu sangat penting. — Bernama

https://pakdin.my/tag/komunis

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

[Video] Covid-19: Dakwa negara amalkan sentimen perkauman, Dr Adham minta Al Jazeera contohi media tempatan

Tindakan rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera melaporkan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika kerajaan menangani Covid-19 mampu mencemarkan nama baik negara. Menteri Kesihatan Datuk...

Pak Kadir lebih tahu siapa yang sebenar meruntuhkan perniagaan UMNO, Fleet Holding

Semalam Pak Kadir Jasin cuba menyerang DS Najib dalam isu MRCB dan Fleet Holdings. Saya tak minat isu MRCB, tetapi saya sangat minat isu...

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...

BN masih relevan menang PRK Chini, kata Zahid

Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam tadi membuktikan Barisan Nasional (BN)...

250 ahli PKR Ampang keluar parti, cabang bubar serta-merta

Seramai 250 orang ahli PKR Cabang Ampang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini kerana hilang kepercayaan terhadap parti itu. Naib Ketua Cabang PKR...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?