Kenapa DSN belanjakan 42juta utk tujuan politik CSR tanpa memeriksa sumber? - pakdin.my

Akaun 694 dibuka khas untuk mengurus sumbangan politik daripada King Abdullah, dan ditutup selepas PRU13.

3 akaun 880, 906, 898 pula dibuka khas untuk uruskan baki daripada sumbangan politik daripada Saudi tersebut, sekitar RM162 juta

Masa itu dijangka beberapa pihak akan memberi sumbangan untuk tujuan juga bertujuan CSR.

Disebabkan itu juga Dato Azlin mencadangkan akaun baru dibuka.

Ini terbukti apabila Aabar investment memasukkan sumbangan $15 juta atau sekitar RM60 juta ke dalam akaun SRC

Sekitar 2014, Datuk azlin ada memberitahu DSN bahawa derma lanjut akan diterima daripada wakil Saudi

Dan pada masa yang sama DSN ditunjukkan surat bertarikh 1.6.2014 daripada wakil King Abdullah menjelaskan berkenaan sumbangan daripada Saudi seperti sumbangan sebelumnya.

RM49 juta pindah ke akaun 880, sekitar Jun hingga Disember 2014, beserta surat bertarikh 1.6.2014 membuktikan wujud derma lanjutan daripada wakil King Abdullah dan surat tersebut dibawa ke perhatian Tan Sri Zeti oleh Ambank.

Akan tetapi, melalui bukti perbualan BBM kita tahu pula Joanna Yu berkomunikasi dengan Jho Low berkenaan 3 akaun baru yang dibuka, ini sangat menimbulkan tandatanya mengapa pegawai Ambank membocorkan maklumat akaun DSN dengan orang pihak ketiga, yang tiada authority.

Terdapat pula kes beberapa dokumen di dalam simpanan bank yang tidak mempunyai dokumen asal dan ada pula kes tandatangan pada dokumen bank yang dipalsukan, adalah tak logik bagaimana Ambank boleh membenarkan transaksi dilakukan dengan hanya bergantung kepada dokumen salinan bukan dokumen asal..

Akaun Ambank DSN juga rupanya pernah mendapat red flags AMLA tapi tak pernah diberitahu kpd DSN sendiri, sekiranya, DSN diberi tahu lebih awal, semestinya banyak langkah boleh diambil

Adalah pelik bagaimana perkara ini tidak pernah sampai kepada pemegang akaun (disembunyikan oleh pegawai-pegawai Ambank daripada diberitahu kpd DSN)

Daripada perbualan BBM, Jho low juga mengarahkan Joanna Yu juga untuk merangka surat untuk ditandatangani oleh Nik Faisal bagi pemindahan akaun DSN.

Pada 24.12.2014 draft surat arahan pemindahan duit yang sebenarnya perlu tandatangan DSN, diemail oleh Joanna kepada Jho low dan diemailkan kembali kepada Joanna dalam masa hanya beberapa saat tidak logik dilakukan oleh DSN pemilik akaun, jelas menunjukkan Jho Low memalsukan tandatangan DSN untuk melaksanakan pemindahan duit tersebut.

Padahal pada 24.12.2014 DSN berada di Honolulu bermain golf bersama Barack Obama dan bukan di Malaysia

Tiada hard copy berkenaan dokumen tersebut diserahkan kepada Bank, tetapi bank masih tetap menerimanya dan melakukan transaksi pemindahan duit tersebut!

Dah la tu tandatangan soft copy pula kelihatan seperti cut & paste

Pada 5.2.2015 dalam perbualan BBM Jho low mengarahkan pula Terrence Geh untuk menyebabkan dana SRC dipindahkan menggunakan dokumen yang Datuk suboh akhirnya mengaku beliau tidak menandatanganinya, dan bahawa tandatangan itu palsu

Pada 13.8.2014 Jho Low mengirimkan mesej kepada Joanna kononnya seperti “diforward” daripada DSN, padahal tidak.

“My platinum cards are not going through Jho. Can you call Ambank Visa and Mastercard right away? Thanks-from MNR pls”

Padahal tiada transaksi kad kredit yang gagal pada hari tersebut, ianya disahkan daripada penyata kad kredit.

Dr shamsul juga memberi keterangan bahawa beliau ditipu oleh Ung Su Ling dan Dennis see kononnya pemindahan dana Ihsan Perdana ke akaun DSN adalah bertujuan CSR.

Tapi setelah melihat semua bukti-bukti kita tahu yang Ung Su Ling, Dennis See, Joanna Yu, Jho Low, Nik Faisal semua sebenarnya sebuah komplot yang berpakat untuk menghancurkan kredibiliti politik DSN.

Dan bagi pihak DSN pula, akaun tu adalah akaun khas yg dibuka khas utk menguruskan sumbangan politik daripada Saudi, tidak ada duit lain di dalam akaun itu selain daripada sumbangan politik, maka as far as DSN is concerned, semua duit tu adalah duit sumbangan politik dan akan digunakan untuk tujuan politik dan program rakyat CSR

DSN membiayai program politik beliau dengan RM42 juta dengan beranggapan ianya adalah duit daripada sumbangan Saudi kerana ianya berada di dalam akaun tersebut dan sepatutnya pun tiada duit lain selain daripada dana khas politik yang patut berada di dalam akaun tersebut.

Oleh Syed Agil Jamalullail

UTAMANAJIB RAZAKKenapa DSN belanjakan 42juta utk tujuan politik CSR tanpa memeriksa sumber?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium