Kenapa Hamas Minta Bantuan Najib Bukan Anwar?

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

hamas-pau

Perhimpunan Agong UMNO kali ini menyaksikan kehadiran kedua-dua wakil Hamas dan Fatah sebagai pemerhati.  Khalid Meshaal, pemimpin Hamas secara terbuka meminta UMNO menjadi perantara dalam rundingan damai antara Hamas dan Fatah di Palestine.

Selain usaha perdamaian, Malaysia juga akan membantu dari segi pembangunan di Gaza dan Rafah selain menawarkan biasiswa kepada pelajar Palestine menyambung pelajaran di sini.

Malaysia terkenal dengan misi-misi keamanan dan telah beberapa kali menjadi orang tengah bagi rundingan damai pihak-pihak yang bertelagah.  Justeru, permintaan Hamas bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Bagaimanapun, hakikat bahawa kedua-dua pihak Hamas dan Fatah turut mengiktiraf dan mempercayai UMNO untuk membantu Palestine, meletakkan UMNO di kelasnya tersendiri dalam parti-parti politik di seluruh negara Islam.

Sebelum ini, Dato’ Seri Najib telah dijemput ke Palestine untuk membantu usaha damai di sana dan kunjungan Perdana Menteri ke negara yang sedang bergolak itu telah dipandang sinis oleh pembangkang.  Namun, dengan kehadiran wakil Hamas dan Fatah ke Perhimpunan Agong UMNO telah membuat pembangkang terkancing gigi.

Selama ini, pihak pembangkang cuba menggambarkan bahawa pemimpin mereka lebih diterima di negara Islam.  Justeru, mereka pernah mengubahsuai gambar senarai Ulama yang berpengaruh di dunia dengan menempelkan gambar Hadi Awang sebagai salah seorang darinya.  Pembangkang juga berbangga apabila Anwar diiktiraf oleh barat sebagai pemimpin Islam yang berpengaruh, berpandangan jauh dan terbuka.

Malang bagi pembangkang kerana terpaksa berbangga dengan penipuan sendiri dan juga pengiktirafan oleh musuh Islam.

Jika benar Anwar merupakan pemimpin Islam tersohor, maka kenapakah bukan beliau yang menjadi rujukan Hamas dan Fatah iaitu masalah ‘azali’ umat Islam?  Kenapakah UMNO dan Dato’ Seri Najib yang menjadi rujukan mereka untuk menyelesaikan konflik di sana?

Walaupun sudah beberapa kali UMNO bertukar Presiden, namun kedudukan UMNO di mata negara-negara Islam kekal tinggi dan dihormati.  Biarpun Tun Mahathir di kecam sebagai Firaun dan biarpun Dato’ Seri Najib dikutuk sebagai sekular, namun kedua mereka merupakan antara personaliti yang membawa harapan kepada umat Islam.

Pengiktirafan terhadap UMNO sekali gus bermakna bahawa Anwar Ibrahim, mahupun PAS tidak lagi mampu memperdaya sesiapa.

Seluruh dunia Islam tahu bahawa Anwar adalah alat zionis manakala PAS pula adalah alat  kepada Anwar semata-mata. Tugas Anwar di rantau ini ialah untuk menyatukan kita di bawah payung zionis.

Tugas Dato’ Seri Najib adalah untuk menghalang Anwar dan membantu menangani orang-orang seperti beliau yang pastinya turut wujud di Palestine.

BACA juga:

Leave a Reply