30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2020

Kenapa kecoh isu imigresen Sabah, Yong tanya Guan Eng

KOTA KINABALU: Presiden SAPP, Yong Teck Lee berkata, ahli politik tidak patut kecoh di media sosial setiap kali mereka berdepan keadaan tidak menyenangkan dengan pihak berkuasa.

Merujuk catatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang mendakwa beliau pada mulanya dilarang memasuki Sabah oleh Jabatan Imigresen, Yong berkata, bukan semua keadaan itu perlu dikaitkan dengan motif politik.

Katanya, ahli politik patut sedar dakwaan tidak disahkan yang dimuat naik ke media sosial akan mencetuskan kebimbangan tidak perlu dan boleh dianggap menghalang tugas penjawat awam.

“Ahli politik, khasnya yang berprofil tinggi, perlu mengelakkan penggunaan publisiti media sosial yang mungkin menimbulkan sangkaan palsu motif tidak baik bagi pihak pegawai kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Oleh itu, saya menggesa Jabatan Imigresen Sabah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan kekecohan yang dicetuskan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu di media sosial supaya tiada kebimbangan umum terhadap apa yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu malam tadi.”

Terdahulu, Lim hari ini dilaporkan berkata, beliau pada awalnya dilarang memasuki Sabah malam tadi, tetapi akhirnya beliau dibenarkan.

Dalam catatan di Facebook, bekas menteri kewangan itu berkata, beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 11.54 malam dan melalui pemeriksaan imigresen.

“Sudah hampir nak masuk kereta, seorang pegawai imigresen kanan datang minta saya masuk semula. Saya berikan kerjasama dan ikut ke pejabat imigresen.”

Katanya, pegawai imigresen itu memaklumkan beliau yang SPRM melarangnya memasuki negeri itu.

Kemudian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan menafikan sekatan perjalanan dalam negara ke atas Lim, yang berdepan pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang.

“Mahkamah hanya ‘impounded’ pasport dia ke luar negara sahaja. Dia boleh memasuki Sabah menggunakan kad pengenalan,” katanya dipetik satu laporan berita

Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal dilaporkan terkejut selepas mengetahui kejadian itu dan berkata, kerajaan negeri tidak mengeluarkan larangan terhadapnya untuk memasuki Sabah.

Yong dalam kenyataan berkata, ahli politik perlu menunjukkan contoh baik dan tidak menyalahkan penganiayaan politik tiap kali mereka disiasat.

“Saya dipanggil untuk memberikan kenyataan oleh polis dan SPRM berkali-kali. SPRM dan polis perlu memanggil saya untuk mengambil keterangan saya kerana laporan dibuat terhadap saya.

“Pergi sajalah, berikan kenyataan dan kerjasama penuh anda. Tidak perlu takut jika tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Mereka yang mengadu mengenai ‘penganiayaan politik’ tidak patut menyertai politik kerana disiasat dan dituduh adalah bahaya pekerjaan yang biasa dalam politik persaingan.”

Pada masa sama, Yong berkata, pelancong perlu mengetahui cabaran yang dihadapi pegawai imigresen, kastam dan keselamatan di mana-mana negara.

“Di Sabah, tidak kira mereka ialah bekas ketua menteri Sabah atau Pulau Pinang, penguatkuasaan undang-undang yang sama perlu dilaksanakan.

“Berdasarkan pengalaman peribadi, saya juga perlu ditahan imigresen Sabah di lapangan terbang KK, tetapi tidak perlu untuk kecoh mengenainya. Pegawai sekadar menjalankan tugas mereka.”

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Komen

..

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Tiada sebab layan tuntutan Filipina terhadap Sabah – Hishammuddin

Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan. Pendirian itu diulangi Menteri Luar,...

PRN Sabah: Perikatan Nasional tiada rekod daftar parti

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah B. Syed Osman mempertikaikan status pendaftaran Perikatan Nasional yang bertanding di PRN Sabah. Berikut adalah kenyataan...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...