Kenapa kita perlu persempadanan semula? - pakdin.my

1. Persempadanan Semula dibuat untuk memastikan populasi rakyat dalam sesebuah kawasan parlimen adalah dalam jumlah yang mampu diuruskan oleh seseorang ahli parlimen.


 

Lihat video:
https://youtu.be/yAUO4xC1e18

2. SPR melaksanakan Persempadanan Semula kali ini kerana terdapat parlimen yang jumlah rakyatnya sudah mencecah sehingga 100,000 penduduk. Justeru itu, persempadanan semula dilaksanakan dengan niat memberikan rakyat hak diberi perkhidmatan sewajarnya oleh Ahlli Parlimen mereka.

3. Kebiasaannya, persempadanan semula dibuat setiap 8 tahun, tetapi kali terakhir SPR membuat persempadanan semula adalah pada tahun 2003.

4. Ada kalangan ahli-ahli parlimen (terutamanya di kalangan pembangkang) yang asyik sibuk berpolitik sehingga tidak ada masa berjumpa rakyat, kerana itu mereka tidak memahami kepentingan Persempadanan Semula.

5. Di parlimen wilayah-wilayah persekutuan yang tiada DUN, rakyat sememangnya bergantung kepada wakil rakyat sahaja sekiranya ada mereka mahu membuat aduan – namun, mujurlah penduduk-penduduk wilayah masih lagi boleh menyalurkan aduan mereka kepada pihak PBT.

6. Inilah tugas sebenar wakil rakyat yang pembangkang tidak faham – mereka menolak tanggungjawab mereka untuk rakyat kepada PBT, semasa wakil rakyat Pembangkang sering kali lepas tangan dari masalah setempat.

7. Ahli Parlimen yang hanya sibuk berpolitik di media, dan tidak turun berjumpa sendiri dengan penduduk kawasan mereka pastinya tidak akan melihat persempadanan semula memberi sebarang manfaat kepada mereka.

#FailedState
#Corruption
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun

UTAMAPOLITIKKenapa kita perlu persempadanan semula?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium