Kenapa Latheefa Koya dedahkan audio kepada umum kalau tak boleh sahkan di mahkamah

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya tidak pasti sama ada rakaman perbualan individu berprofil tinggi, yang beliau dedahkan pada media pada 8 Januari lepas, sah di sisi undang-undang atau tidak.

Ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Nazlan Mohd Ghazali hari ini, Latheefa berkata, pendedahan itu dilakukan atas alasan perbualan itu dilihat seperti konspirasi untuk menyembunyikan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Bagaimanapun beliau berkata kepada peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, beliau mengakui tidak mengetahui dari mana asal-usul sampul surat yang mengandungi sembilan pemacu pena, serta sekeping kertas yang menyatakan naratif rakaman perbualan berkenaan.

Latheefa: Asas pendedahan (pada sidang media 8 Januari) itu adalah kerana kami mendapati perbualan itu menjurus ke arah perbuatan menyembunyikan serta potensi mengubah suai bukti.
Muhammad Shafee: Seperti yang anda katakan, disebabkan isi perbualan itu, anda merasakan sangat penting untuk anda mengambil langkah mendedahkannya kepada masyarakat umum. Jadi sebelum 8 Januari, adakah anda mengambil langkah pengesahan klinikal (clinical determination) untuk memastikan rakaman ini tidak diubah suai?

Latheefa: Dari konteks perbualan dalam rakaman itu, kami tidak melihat sebarang kemungkinan ia telah diubah suai. Keduanya, kami telah mendengar berulang kali, kami telah menyemak dengan peristiwa yang berlaku pada tarikh (perbualan itu dirakamkan), sebelum dan selepas. Kami tahu tarikh yang tepat. Jadi ia selaras dengan kandungan perbualan itu.

Muhammad Shafee: Jadi anda telah memeriksa isi kandungan perbualan itu sebelum sampai ke tahap anda yakin ianya benar-benar tulen. Tetapi sepatutnya anda melakukan pengesahan yang lebih telus bagi memastikan ia boleh dijadikan bahan bukti dalam mahkamah.

Latheefa: Sebab itu kami turut menyerahkannya kepada pihak polis (untuk siasatan lanjut).

Selain itu, Latheefa memberitahu mahkamah beliau turut tidak dapat mengesahkan sama ada pintasan rakaman itu dilakukan oleh pihak SPRM atau agensi lain yang berkaitan.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi menegaskan rakaman itu perlu didedahkan kerana perbualan itu mempunyai elemen konspirasi, termasuk kemungkinan mendedahkan maklumat penyiasatan kepada individu termasuk dalam senarai siasatan.

Muhammad Shafee berkata, sekiranya tidak dapat dipastikan asal usul bahan berkenaan, ia berkemungkinan dilakukan tanpa mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan, serta tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah mengikut Akta Keterangan 1950.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee bertanya kepada Latheefa sama ada beliau sedar tentang satu klausa di bawah Perintah-perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan sekiranya agensi itu mensasarkan satu perbualan, dan menarik keluar sebahagian daripada pintasan perbualan itu, ianya tidak boleh didedahkan kepada orang awam, tetapi hanya untuk risikan, Latheefa berkata beliau tidak mengetahui sekiranya ia benar-benar wujud.

Hakim Mohd Nazlan kemudian memutuskan agar perbicaraan disambung pada Isnin depan bagi memberi masa untuk Latheefa memeriksa sama ada wujud klausa yang dinyatakan di bawah Perintah-perintah Tetap berkenaan.

Berita berkaitan

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

[Video] Fenomena #MaluApaBossKu dah melarat ke sekolah

Ada kawan hantar video ni. Persembahan semasa Hari Guru. Rancak beb! 👏🏼👏🏼👏🏼

Pak Kadir lebih tahu siapa yang sebenar meruntuhkan perniagaan UMNO, Fleet Holding

Semalam Pak Kadir Jasin cuba menyerang DS Najib dalam isu MRCB dan Fleet Holdings. Saya tak minat isu MRCB, tetapi saya sangat minat isu...

Perbicaraan Najib: Pendakwa dan Pembela minta tangguh perbicaraan besok

Oleh itu adalah sesuatu yang biasa untuk mana-mana pihak memohon penangguhan kes dan atas budibicara Hakim selepas mempertimbangkan sebab permohonan penangguhan, maka penangguhan akan di benarkan.

Kejatuhan teruk saham bank-bank kerana kenyataan tidak cerdik Menteri Kewangan

Beberapa pemerhati Bursa berpendapat bahawa ini berpunca dari kenyataan Menteri Kewayangan kita baru-baru ini yang ugut mahu kenakan cukai durian runtuh (windfall tax) ke atas bank-bank.

Perbicaraan Najib: ‘Saksi Koyak’

Pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan khusus berkaitan proses pemfailan syarikat SRC International Sdn Bhd yang dikemukakan kepada suruhanjaya itu.

Adakah Kadir Jasin kroni, proxy atau dia benar-benar billionaire?

Ramai yang mungkin tidak tahu, Pak Kadir merupakan antara orang Melayu paling kaya dalam Malaysia pada tahun 1990an. Dia pernah menjawat sebagai pengarah dan penah...

Najib bantu pendidikan dua anak saya – Saksi

Saksi pendakwaan ke-12, Manisah Othman, 55, berkata Najib sebelum itu memberitahu akan memberi sumbangan berkenaan ketika melawat suaminya yang ketika itu dirawat akibat kanser kolon tahap empat di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur pada 2013.

Najib Razak dedah kontrak anak-anak Dr Mahathir

PERTEMBUNGAN antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr. Mahathir jelas semakin memuncak apabila terkini Datuk Seri Najib mendedahkan satu demi satu kontrak yang...

Kes bocorkan video perbicaraan Najib: Mahkamah tolak permohonan pihak pendakwa

Bagaimanapun, Peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah tidak bersetuju dan berhujah pada awalnya pihak pendakwaraya juga membantah permohonan “gag order” peguam bela pada prosiding kes ini.
... ..

Terkini

Hukum Gantung Kerana Menghina Rasulullah

Jika kita imbas semula bagaimana penghinaan yang dilakukan oleh sebilangan rakyat Malaysia terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW tanpa rasa takut terhadap tindakan mereka...

Penyanyi hina nabi dihukum gantung sampai mati

Kano, Nigeria - Sebuah mahkamah Islam di utara Nigeria semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang penyanyi lelaki kerana mempersendakan Nabi Muhammad SAW, kata...

Germany says Russian Covid-19 vaccine has not been sufficiently tested

BERLIN German Health Minister Jens Spahn on Wednesday said Russia's Covid-19 vaccine had not been sufficiently tested, adding the aim was to have a...

Hate Speech (and a bit of a Rant)

Nampaknya Fesbuk mendapati post saya mengenai cara orang Cina boleh menunjukkan bagaimana mereka terlalu angkuh dan sombong sebagai 'hate speech'. Dan mesej ini dari seorang...

Video: Kebanyakan Polis Tidak Berakhlak – Asri Janggut

Pengasas rangkaian Hot Burger, Mohd Asri Hamid mengkritik sebahagian anggota polis yang disifatkannya sebagai tidak menjaga akhlak dengan baik. Dalam satu video yang tersebar di...

Siasat Tun M, LGE dan Tommy

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa siasatan terhadap salah guna kuasa rentetan daripada pendedahan YB Dato’ Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal...

Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh – SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan...

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang juga isterinya, di satu lokasi berdekatan...

Perbelanjaan naik taraf Stadium Shah Alam libatkan kos RM250 juta – MB Selangor

Kerajaan negeri Selangor masih meneliti kerosakan yang berlaku di Stadium Shah Alam sebelum mengeluarkan perbelanjaan yang sepatutnya untuk proses menaik taraf venue berkenaan. Menteri Besar...

Dr Mahathir, Tommy Thomas dan Guan Eng tipu rakyat

KUALA LUMPUR : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pernah berhasrat untuk menyelesaikan...

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...