Kenapa zakat dibayar jika DEIG belum beroperasi? - pakdin.my

azmin-ali-DEIG-hotel

UMNO Selangor mempersoalkan kenyataan Mohamed Azmin Ali yang berulang kali cuba menegakkan benang basah dengan menyatakan bahawa syarikat pelaburan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) masih belum beroperasi sehingga ke hari ini.

Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri BN Selangor, Budiman Mohd Zohdi hari ini tampil menunjukkan bukti beberapa keratan gambar wang zakat RM 2.5 juta telah diterima Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam bentuk cek replika bertarikh 6 Julai 2015.

“Kalau belum beroperasi, kenapa dah bayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor? kita dah ada bukti, gambar yang menunjukkan LZS sudah terima zakat daripada DEIG, jadi kenapa kata DEIG belum beroperasi?” soalnya pada sidang media DEIG-30 bilion di Pejabat UMNO Selangor, Khamis.

Mengukuhkan bukti tersebut, Budiman turut melampirkan keratan gambar menunjukkan pengagihan zakat kepada kesemua Ketua Bahagian PKR pada 12 Julai lalu dalam Program Sumbangan Zakat MBI dan DEIG-Jelajah Asnaf Negeri Sembilan.

Pengagihan zakat itu diserahkan kepada Ketua Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrin Abbas.

“Banyak bukti dah kita tunjukkan, apa lagi yang Menteri Besar Selangor nak nafikan? kenapa kata SPRM tak boleh nak siasat mereka lagi sebab DEIG sudah pun beroperasi,” jelasnya.

Deig 2Menurut Budiman, segala bukti tersebut diberi oleh pihak tidak dikenali yang meletakkan gambar-gambar itu di dalam peti surat kediamannya di Sungai Panjang, Selangor minggu lalu.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara dan Lembaga Zakat Selangor menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap Menteri Besar Selangor.

“Hal remeh sebeginilah yang sepatutnya diambil kira dan nilainya yang dianggarkan sebanyak RM30 billion, kerana perkara kecil inilah yang akan ada besar kesannya bila mana sesuatu yang tidak kita ingini berlaku jua akhirnya.

“Kami menggesa pihak berwajib agar bertindaklah atau sekurang-kurangnya memulakan sesuatu tindakan susulan mahupun siasatan terhadap Azmin Ali dan DEIG dengan kadar segera, adalah menjadi satu perkara pelik kerana ‘tiada jawapan’ dan ‘tiada juga tindakan’ kepada persoalan yang begitu besar kesannya sebegini,” ujarnya lagi.

UTAMAPOLITIKKenapa zakat dibayar jika DEIG belum beroperasi?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium