Kenderaan Terbabas Rempuh Tiang Jambatan Di Nusajaya, Johor (video) - pakdin.my

kemalangan-hi-lux-nusa-jaya

Lima maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik di Nusajaya, Johor, siang tadi.

Kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Gelang Patah.

Menurut Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad, kejadian berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari.

Siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki tempatan ini dipercayai dipandu laju di selekoh sebelum menghampiri laluan bawah jambatan.

Akibatnya, kenderaan ini hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang sebelum merempuh tiang jambatan.

Selain pemandunya, turut maut – empat penumpang yang juga warga Indonesia.

Pemandu Toyota Hilux yang maut ialah Mokhtar Khalid yang berasal dari Mersing.

Manakala empat penumpangnya dikenali sebagai Marini, Sehate, Desi Anggreani dan Santi Novita Sitepu Nelda Rahmania.

Kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Turut ditemui, sekeping gambar kanak-kanak di tempat duduk belakang kenderaan.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

 

UTAMABERITAKenderaan Terbabas Rempuh Tiang Jambatan Di Nusajaya, Johor (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium