30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

KENYATAAN AKHBAR: LAWATAN PERSARAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE MYANMAR

MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
BAHAGIAN HAL EHWAL AWAM – J7

KENYATAAN AKHBAR

Bahagian Hal Ehwal Awam-J7 mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

LAWATAN PERSARAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE MYANMAR

Perjumpaan Panglima Angkatan Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin dengan Panglima Angkatan Tentera negara Myanmar, Jeneral Ming Aung Hlaing pada 5 Disember 2016 adalah dalam rangka lawatan perpisahan beliau kepada rakan-rakan sejawat khususnya di kalangan negara-negara ASEAN sebelum bersara.

Dalam perjumpaan tersebut, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Haji Zulkifeli telah memaklumkan bersabit ancaman Daesh (Islamic States) terhadap Malaysia dan juga negara-negara serantau yang berdekatan.

Beliau juga telah memaklumkan bahawa ancaman ini adalah nyata dan Malaysia memandang serius akan ancaman militan ini.

Beliau juga menekankan bahawa kerjasama negara-negara ASEAN amat diperlukan untuk menangani ancaman Daesh di rantau ini.

Pada kesempatan itu juga, beliau telah menyampaikan kekhuatiran dan kegusaran beliau terhadap apa yang berlaku mutakhir ini ke atas warga kaum Rohingya di negara Myanmar.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Haji Zulkifeli telah juga menyatakan kepada Jeneral Ming Aung Hlaing bahawa keadaan ini sekiranya tidak ditangani dengan baik dan secara berhemah, ianya akan mewujudkan satu keadaan yang akan dieksploitasikan oleh Daesh untuk memperkembangkan pengaruh dan kuasa mereka di rantau Asia Tenggara ini.

Pandangan yang sama juga telah disampaikan apabila Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli dibawa untuk bertemu dengan Presiden U Htin Kyan pada hari yang sama.

-Tamat-

20161208-lawatan-panglima-angkatan-tentera-ke-mynmar

ATM PERKASA, KEDAULATAN TERPELIHARA Untuk keterangan lanjut:
Lt Kol Bakhtiar Nor bin Md Alias TUDM
Ketua Bahagian Hal Ehwal Awam – J7
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Tel : 0172005023 (HP), 03-20716423/24/25 (Office) e-mel : bakhtiar@mod.gov.my
Dikeluarkan pada 7 Dis 16 JAM 9.30 malam

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan