Kenyataan Hadi Dipalsukan Untuk Tarik Perhatian Penyokong PAS Demo #KitaLawan - pakdin.my

Surat-Palsu-Presiden-PAS-Himpunan-#KitaLawan

Nampak sangat terdesaknya penyokong PR sampai tergamak memalsukan kenyataan media Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan menyalahguna kepala surat rasmi PAS semata-mata nak tarik perhatian penyokong PAS supaya meramaikan himpunan kita lawan esok.

Selama ini merekalah yang paling galak mengutuk dan memaki Hadi Awang sesedap rasa siap melabelkan Presiden PAS itu sebagai pemimpin lemah yang tidak menghormati komitmen dalam PR, sekarang yang dikatakan lemah itulah tempat mereka bergantung harap.

Bila taktik jijik sebegini digunakan oleh barua-barua PR ia secara tidak langsung mengiakan dakwaan umum selama ini bahawa kebanyakan himpunan dan demonstrasi jalanan anjuran pakatan itu hanya akan nampak hidup bila disertai penyokong PAS.

Tanpa penyertaan PAS akan hambarlah demonstrasi anjuran penyokong Anwar sama sebagaimana yang berlaku dalam demonstrasi mingguan di sekitar Sogo sejak dua tiga minggu lepas yang hanya disertai dua tiga ratus orang sahaja.

Begitu juga semasa demontrasi di hadapan Mahkamah Persekutuan Putrajaya semasa perbicaraan kes Anwar meliwat Saiful Bukhari, juga suram dan lengang gara-gara tiadanya penyertaan besar-besaran dari penyokong PAS.

Kini barua-barua Anwar sudah sedar betapa besarnya peranan dan keupayaan PAS dalam memeriahkan himpunan dan demonstrasi PR, nak tak nak sekarang mereka cuba manipulasi nama Hadi dan kepala surat PAS untuk kepentingan mereka.

Jijik betul. Tapi tak perlulah kita terkejut sangat. Dalam bab memalsukan surat, menyalahguna logo atau nama orang lain, memang sudah sebati dengan peel perangai buruk penyokong Anwar. Sejak dulu di zaman reformasi terlepas kerusi 1998 hingga sekarang, itulah kepakaran mereka.

Dulu dah selalu sangat kepala surat UMNO dan BN disalahgunakan oleh penyokong Anwar untuk mengelirukan rakyat, malah surat rasmi kerajaan pusat juga banyak kali dipalsukan. Sekarang PAS pula yang menjadi mangsa politik jijik rakan sekutunya sendiri.

PAS tidak sertai himpunan #KitaLawan esok

PAS hari ini menafikan telah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengarahkan ahli dan penyokongnya menyertai Himpunan #kitalawan esok.

Penafian tersebut dilakukan berikutan satu kenyataan  yang menggunakan nama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dikesan penyebarannya melalui mesej Whatsapp dan facebook sejak pagi tadi.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Ahmad Shamsuri Mukhtar yang dihubungi sebentar tadi kenyataan akhbar tersebut adalah palsu.

“Sehingga kini tiada kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden.

“Presiden akan mengeluarkan kenyataan mengenainya sebentar lagi,” ujarnya.

Shamsuri turut mengesahkan sehingga kini tiada sebarangan arahan yang dikeluarkan untuk ahli PAS menyertai perhimpunan esok.

Dalam kenyataan media yang disahkan palsu itu Hadi didakwa telah menyeru seluruh kepimpinan dan ahli PAS supaya turun berjihad seiring dengan PKR dan DAP sebagai tanda solidariti kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

 

UTAMAPOLITIKKenyataan Hadi Dipalsukan Untuk Tarik Perhatian Penyokong PAS Demo #KitaLawan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium